|
|
Selepas isu tidak mengambil SPM, Ismail Izzani sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila membuat ‘prank’ pada pekerja pandu lalu di McDonalds.
 Foto: IG Ismail Izzani
Dia telah merakam satu video live di Instagram bersama rakan-rakannya untuk bergurau dengan seorang pekerja di situ. Mereka berpura-pura seperti memandu kereta di bahagian pandu lalu tersebut.
 Foto: IG Ismail Izzani
Gurauan seperti itu tidak kena pada tempatnya dan netizen menganggap ia tidak patut dilakukan oleh Ismail bersama rakannya yang lain.
 Foto: IG Ismail Izzani
Namun Ismail mengatakan niatnya sekadar ingin bergurau sahaja dengan pekerja tersebut bukannya untuk menyakiti.
“Sebenarnya kami memang begitu, hyper. Bila dah tidur di dalam kapal terbang, bila landing jer, tenaga kita dah lain macam. Dapat pulak kawan-kawan yang sama kepala dengan kita jadi apa yang kitorang buat memang tindakan yang tidak memberangsangkanlah,” katanya.
Dalam pada itu, dia sengaja buat-buat terlupa seakan membawa kereta yang sebenarnya ketika berada di situ.
 Foto: IG Ismail Izzani
“Ingatkan bawa kereta betul-betul, rupanya tiada kereta. So maksudnya lepas ni Mail kena pergi dengan kereta yang betul. Itu pengajaran yang Mail dapat hari ini,” jelasnya lagi.
“Diorang pun ada yang kenal, di situ boleh nampak bukan kitorang nak kata peramah ke apa tapi nak buat kawan. Being friendly is not a bad things. Buat macam ini adalah cara nak dekatkan diri dengan orang. Tiadalah menghina pekerjaan mereka. Malah pekerja tersebut turut gelak-gelak tetapi tidak sangka ia menjadi isu,” jelasnya.
Dalam Insta Story pula, dia seakan menyindir netizen yang kecam dirinya akan apa yang berlaku.
“Saya nak cakap pasal drive thru tu, saya sahaja tak nak pakai kereta saya, orang kata saya tak matang tak apalah. Saya tak kisah pun. Korang semua pun ada hak untuk kata macam tu sebab saya budak kecil lagi dan saya pun tak ambil SPM. Saya cakap sikit je kan? Esok lusa kita jadi matang ya,” katanya.
Harap Ismail tidak buat lawak bodoh ini lagi dengan rakan-rakannya. Tidak semua perkara boleh dibuat gurauan. - CARI |
|