|
|
Dunia teknologi kini rancak dengan kewujudan laman-laman sosial yang semakin menjadi penting sehinggakan semua maklumat sama ada sahih atau tidak, pasti dirujuk pada media sosial.
Selain itu, tanpa perlu melihat wajah atau menggunakan identiti palsu dan tidak saling mengenali, ramai orang tanpa rasa bersalah melontar buah fikiran yang melanggar adab.
Oleh kerana artis dikenali, maka golongan ini sering menjadi tumpuan setiap kali memuat naik status. Ada antara artis yang cukup lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara di laman sosial hingga perkara yang kecil bertukar menjadi kontroversi apabila diperdebatkan para pengikut.
Baru-baru ini, seorang netizen telah menegur gaya bahasa penyanyi nasyid kontemporari, Yasin Sulaiman. Netizen itu mendakwa kebelakangan ini, Yasin sering menggunakan bahasa kasar terutamanya dalam mengkritik pemerintah terdahulu.
Malah, menurut netizen itu Yasin seolah-olah berbangga apabila khalayak tidak lagi menghormatinya dan berhenti mengikuti laman media sosialnya.
Komen netizen itu dibalas dengan baik oleh Yasin dan telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Tambah mengeruhkan keadaan, muat naik itu telah menyebabkan perdebatan panas di antara pengikutnya.
Rata-rata menyokong gaya bahasa yang digunakan Yasin dan menganggap individu terbabit terlalu berat sebelah. Mereka bersetuju supaya para artis lebih terbuka dan bebas bersuara.
Walau apapun, sesiapa sahaja bebas menulis atau semua orang boleh menjadi wartawan bebas kerana dunia kini tiada sekatan. Namun, Jika tidak kena gayanya apa yang ditulis akan memberikan kesan negatif sehingga menimbulkan perbalahan sama ada di kalangan artis mahupun sesama peminat. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|