View: 1869|Reply: 11
|
Sambutan Luar Biasa Petisyen Calonkan Tun Mahathir Terima Nobel Keamanan
[Copy link]
|
|
Sebelum ini netizen telah mengadakan kutipan secara atas talian bagi meringankan beban bayaran hutang kerajaan, terbaru netizen melancarkan satu petisyen dalam talian yang melobi Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.
Sinar Harian melaporkan, petisyen tersebut digerakkan oleh netizen yang bernama Alexandria Abishegam.
Menurut Alexandria, petisyen itu dilancarkan sebagai pengiktirafan terhadap keazaman Tun Mahathir untuk kembali ke dunia politik pada usia 92 tahun dan mengetepikan prasangka politiknya untuk bekerjasama dengan bekas pengkritiknya demi menyelamatkan negara.
sumber : www.change.org/
“Hakikatnya Tun Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf di atas kesilapan yang lampau membuatkan beliau seorang yang begitu disegani dan seorang pemimpin yang wajar dicontohi.”
"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat menandatangani petisyen tersebut."
Difahamkan setakat ini, seramai lebih 89 ribu orang telah menandatangani, namun sasaran buat Alexandria Abishegam yang melancarkan petisyen tersebut adalah seratus lima puluh ribu orang.
Sebenarnya Tun Mahathir pernah dicalonkan oleh Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dari Bosnia dan Herzegovina pada tahun 2007.
Sesiapa yang ingin menandatangai petisyen tersebut, bolehlah melayari lamanchange.org. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nobel Prize? You kiddin me? |
|
|
|
|
|
|
|
kasian sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
ayyooo
menyanjung puja bagai nak rak
bagi je lah atuk siapkan kerja dulu leh? |
|
|
|
|
|
|
|
jangan nti Tun sambung kempen haramkan perang lak
perang dihalalkan oleh tuhan sendiri....
lainla kalau nak tubuh mahkamah jenayah perang
bush dan blair pun xkne tangkap lagi |
|
|
|
|
|
|
|
benci berpada2..suka tu pun berpada2 lah oii
mende caprut la mentaliti org malaysia nih, over tak bertempat
|
|
|
|
|
|
|
|
atuk pon x hingin tu semua. motip ada plk yg over acting |
|
|
|
|
|
|
|
Difahamkan setakat ini, seramai lebih 89 ribu orang telah menandatangani, namun sasaran buat Alexandria Abishegam yang melancarkan petisyen tersebut adalah seratus lima puluh ribu orang.
Harap orang sakit pinggang tak jaki ~ |
|
|
|
|
|
|
|
tokh maal hijrah pun tak layak dapat, lagi mau jadi tokoh nobel
|
|
|
|
|
|
|
|
biarlah nak bg nobel prize pun, ingat background penerima2 anugerah mesti suci murni meh?
obama yg hantar drone bunuh bebudak dan civilians di yemen, somalia dan pakistan
aung san suukyi yg buat derk psl rohingla
al gore yg byk mencemarkan alam sekitar
it's just another award, i guess. |
|
|
|
|
|
|
|
Panassss muntot haters tun M serta macai parti mata lebam yach |
|
|
|
|
|
|
| |
|