View: 1531|Reply: 2
|
Tak Nak Masuk Keranda, Lelaki Dikebumikan Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di utara China yang meninggal dunia diletakkan di dalam keretanya sebelum dikebumikan seperti diminta dalam wasiatnya, lapor media tempatan.
Foto: SCMP
Menurut laman Kankan News seperti dipetik South China Morning Post, lelaki dikenali sebagai Qi itu berasal dari bandar Baoding di wilayah Hebei dan sangat meminati kereta.
Dia meminta supaya mayatnya diletakkan di dalam kereta Hyundai Sonata berwarna perak miliknya apabila dia meninggal dunia.
Sebuah video yang dimuat naik di laman Weibo pada Rabu menunjukkan kereta berkenaan digantung dengan tali dan dibawa turun perlahan-lahan ke dalam lubang kubur yang digali lebih besar dari kebiasaannya sambil disaksikan penduduk kampung.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Qi sangat meminati kereta sejak kecil lagi.
"Ia adalah permintaannya yang menyatakan dia tidak memerlukan keranda, sebaliknya menggunakan kereta untuk mengebumikannya," katanya.
Video itu meraih pelbagai reaksi netizen di Weibo.
"Nasib baik dia suka kereta saja.
"Saya suka kapal terbang, nak buat macam mana tu?" antara komen netizen.
Dalam masa sama, ramai juga membuat spekulasi tentang keadaan kereta itu apabila dikeluarkan suatu hari nanti.
"Seribu tahun kemudian, ulasan muzium boleh sebut: 'Inilah pengangkutan kuno - sangat perlahan, tapi ia boleh pergi sejauh 100 kilometer sejam (km/j)," komen netizen. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
"Seribu tahun kemudian, ulasan muzium boleh sebut: 'Inilah pengangkutan kuno - sangat perlahan, tapi ia boleh pergi sejauh 100 kilometer sejam (km/j)," komen netizen. -
{:smile{:smile{:smile bijak sungguh komen. Siap emejin 1000 tahun akan dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi.
Punyala obses.
Tak hengat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|