Hampir 100 wanita tampil mengadu mengenai etika 'luar biasa' seorang pakar dermatologi di Atlanta ketika melakukan pembedahan.
Memetik CNN, sebuah video tular di Youtube menunjukkan Dr Windell Boutte menyanyi sambil membedah pesakit atau menyanyi rap sambil menari bersama kakitangan lain ketika membedah pesakitnya. Lebih 20 videonya dimuat naik di youtube bagi tujuan promosi.
Menerusi salah satu video, Dr Boutte dilihat membelah perut pesakitnya sambil menari dan menyanyi rap diiringi lagu O.T.Genasis berjudul 'Cut It'.
Susan Witt, peguam yang mewakili tiga pesakit dermatologi yang mendakwa menderita akibat kerja Dr Boutte memberitahu, hampir 100 wanita cuba menghubunginya bagi mengadu perkara sama.
Tambah Witt, beberapa pesakit Dr Boutte mendakwa mereka mengalami komplikasi selepas pembedahan akibat jangkitan.
Foto: CNN/Youtube
Sementara itu, dalam tuntutan undang-undang, beberapa pesakit mendakwa mereka mengalami jangkitan, kecacatan, bahkan kerosakan otak berikutan 'prosedur' pembedahan luar biasa dilakukan Dr Boutte.
Difahamkan, pakar dermatologi itu masih terus bekerja sebagai pengamal perubatan. - CARI
|