Di pagi raya, kuah kacang adalah antara menu yang boleh nak tinggal. Kuah kacang makan dengan ketupat ataupun sate memang terbaik.!
Tips hasilkan kuah kacang simple tapi marvelous:
1. Goreng tanpa minyak dahulu kacang tanah. Bila sudah masa, jangan buang kulitnya. Ketika kisar, jangan kisar terlalu halus.
2. Untuk dapatkan kuah kacan yang cantik, tambah gula perang atau gula merah untuk nampakkan warna coklat dan gelap.
3. Jangan terlalu banyak air. Lebih pekat, lebih sedap.
Jom cuba resipi kuah kacang yang simple ni hasil perkonsian dari Puan Ruziati Amat Sarbini di laman Facebooknya.
Menu wajib pagi raya. Kuah Kacang Simple. Jom Cuba Resipi Mudah Ini
Resipi Mudah Kuah Kacang
Bahan-bahan
1kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
500-600g gula kastor
200g gula melaka/merah
3 sudu makan udang kering
2 setengah sudu garam halus
3 biji bawang besar saiz 50sen lama*
4 ulas bawang putih*
4 batang serai*
1 inci lengkuas*
1.5L-2.-L air
3 senduk cili kisar
1 senduk minyak masak
Segenggam asam jawa yang kemudian dibancuh pekat dengan air
Cara-cara
1. Kisar bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar dan udang kering tumbuk. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga pecah minyak kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan juga air. Gunakan api sederhana kecil untuk memastikan cili kisar pec minyak.
3. Tambahkan air asam jawa, gula putih, gula perang, garam dan air selebihnya. Masak dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Jika kuah kacang anda terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
4. Masak dalam 1-2jam dengan api yang perlahan sahaja. Biarkan kuah kacang bertukar menjadi warna gelap, nampak berminyak dipermukaan barulah sedap. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dimakan.
Untuk makan dengan nasi impit atau sate memang terbaik kan? Selamat mencuba! - CARI
|