CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 3

[Tempatan] Tengku Abdullah: Malaysia berpeluang jadi tuan rumah Piala Dunia 2034

[Copy link]
Post time 18-6-2018 10:24 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah bersama jika bersepakat dengan 3 negara Asia Tenggara lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan untuk memutuskan jika mahu menyertai Indonesia, Thailand dan Vietnam, yang sudah menyuarakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun itu.

“Asia Tenggara mempunyai peluang dan kekuatan untuk membida secara bersama seperti gandingan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi 2026,” kata bekas presiden FAM itu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Istana Abdul Aziz di sini, hari ini.

“Memang hakikatnya sudah sampai masa negara rantau Asia Tenggara diberi peluang dan masih mempunyai masa cukup mempertingkatkan infrastruktur dan memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing.”

Tengku Abdullah yang baru pulang dari menyertai Kongres FIFA di Moscow, semalam, yakin Malaysia mampu menjadi salah sebuah negara tuan rumah berdasarkan kelengkapan infrastruktur sedia ada.

Mengenai peluang pasukan pakatan Asia Tenggara memperoleh slot istimewa selaku tuan rumah tanpa mengharapkan kuota Asia, Tengku Abdullah berkata, perkara itu akan dibincangkan selaras cadangan pertambahan pasukan yang menyertai Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026.

Kali terakhir format Piala Dunia diubah adalah 1998 yang menyaksikan pasukan bertanding ditambah daripada 24 pasukan kepada 32 pasukan.

Sementara itu, majlis rumah terbuka itu dihadiri lebih 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat serta orang kenamaan termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas menteri besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 07:59 PM | Show all posts
Apahal selang berapa tahun ada bahalol tak tau malu asyik nak suruh malaysia yang tak pernah layak ke piala dunia jadi tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payahlah..byk lg cara nak jana pendapatan. Bola sepak Malaysia ni memang dah takda harapan. Elok letak dlm muzium je
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
anak sedara ada ikut tak g moscow.. boleh belajar gebang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.096648 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list