CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 5

[Tempatan] Laporan: 95% Cina tapi hanya 30% Melayu sokong PH

[Copy link]
Post time 18-6-2018 10:27 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kira-kira 95% pengundi Cina memilih Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, berbanding 85% yang menyokong gabungan Pakatan Rakyat yang kini telah terbubar pada PRU13, lapor Straits Times (ST).

Bagaimanapun, hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH, laporan itu menambah dengan menunjukkan angka daripada Merdeka Center. Manakala kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) dan 30-33% menyokong PAS.

Laporan itu berkata walaupun terdapat peratusan tinggi dalam kalanagan orang Melayu mengundi PH di Johor dan di negeri pantai barat seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sokongan Melayu kepada PH keseluruhannya menurun disebabkan prestasi lemah di Kelantan dan Terengganu.

Kira-kira 70-75% pengundi India menyokong PH, menurut angka itu lagi.

Akhbar itu mengingatkan pecahan undi Melayu akan memberi implikasi besar dalam pilihan raya akan datang, memandangkan PH, BN dan PAS berjuang untuk sokongan mereka.

Ia memetik pengurus penyelidikan Merdeka Centre, Tan Seng Keat berkata walaupun ramai penyokong BN tradisional tidak berpuas hati dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkannya, mereka juga tidak mempercayai PH.

Ini kerana sesetengah orang Melayu mempercayai propaganda PAS dan BN bahawa PH dikawal oleh DAP yang dikuasai oleh kaum Cina.

“Propaganda indoktrinasi bertahun-tahun itu tidak dapat diubah dalam beberapa hari berkempen walaupun dengan Tun Dr Mahathir Mohamad salah seorang anggota PH. Bagi mereka, Umno adalah parti untuk orang Melayu dan Islam. Mereka berasa selamat,” kata Tan kepada ST.

Laporan itu, yang memetik penganalisis, berkata pecahan undi Melayu bermakna pemimpin PH harus menangani dengan teliti berkaitan isu yang dianggap sensitif terhadap orang Melayu jika mahu meraih kepercayaan mereka.

Manakala Umno dan PAS akan berusaha lebih kuat untuk meyakinkan orang Melayu dengan menggunakan umpan bangsa dan agama, kata mereka.

Menurut laporan itu, ini dapat dilihat dalam tindak balas Melayu terhadap pelantikan bukan Melayu sebagai menteri kewangan dan Peguam Negara oleh PH. Lim Guan Eng dari DAP adalah menteri kewangan manakala Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara.

Penganalisis juga mengingatkan PH terhadap apa-apa “pergerakan pantas berkenaan isu sensitif”.

ST memetik Amir Fareed Rahim, penganalisis dari perunding politik Kumpulan KRA, sebagai berkata: “Jika PH meneruskan apa yang dilihat sebagai agenda ‘liberal’ seperti mencabar Raja-raja Melayu, dan jika Umno tidak bersedia dalam 5 tahun, orang Melayu akan menyokong PAS. ”

Laporan itu menyebut beberapa pemimpin Umno dan PAS berkata kedua-dua parti itu perlu bekerjasama menentang PH.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini berkata: “Gabungan ini (Umno dan PAS) mampu mencabar kerajaan dan penyokongnya yang menghina Melayu dan Islam sejak kebelakangan ini.”

Namun, ST melaporkan, saintis politik Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute, mempunyai pemikiran yang berbeza. Beliau percaya kira-kira lebih 20% orang Melayu akan sentiasa menyokong kerajaan hari itu.

“Oleh itu, saya percaya PH sekarang mempunyai sokongan, jika tidak lebih, 50% sokong dalam kalangan orang Melayu selepas pilihan raya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu educated sokong PH lojiklah abt 20%

Kalau PAS nak kuasa, buka tahfiz bnyk2. Kalau UMNO, buka lagi felda.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 10:37 AM | Show all posts
data diaorg ambik dari mana ni? dari kertas voter masa PRU 14 ke...ke analisis syok sendiri ni oleh merdeka center
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
membongak je klu belah pantai timur kedah yelah.... pas kalah besar kat negeri2 selatan nk rampas undi bn xdpt.. sebaliknya undi merosot dari pru 13
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan Merdeka Centre ni kah yg ramal BN menang Pru14??
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 01:42 PM | Show all posts
Dah campor undi para malaikat yang hanya turun di Pantai Timur Malaya ka?

Maideen~PAS, bodoh dulu kini dan selamanya, seperti dikehendakki Allah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076965 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list