View: 1655|Reply: 10
|
Cadangan Had Umur Pengundi Diawalkan Ke 18 Tahun Wajar Dipertimbangkan- PM
[Copy link]
|
|
Kerajaan Pakatan Harapan(PH) mungkin bercadang had umur mengundi rakyat negara kita diawalkan daripada 21 tahun ke 18 tahun.
Semalam ketika ditemubual Malay Mail, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, minat dan kesedaran politik di kalangan orang muda negara ini semakin meningkat sepanjang musim pilihan raya umum lalu.
sumber : carian internet
Tun Mahathir yakin golongan muda yang sudah berumur 18 tahun mampu membuat penilaian yang tepat berikutan tahap pendidikan yang diterima turut membolehkan mereka berfikiran matang, oleh itu beliau berpendapat cadangan itu wajar dipertimbangkan.
“Kita ikut amalan negara lain. Merendahkan umur dari 21 kepada 18 tahun satu langkah besar, tetapi ia satu pengiktirafan kerana rakyat semakin bijak dan boleh membuat pertimbangan.”
Antara negara yang membenarkan pengundi berdaftar seawal 18 tahun adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India dan Iran.
Sementara di Asia Tenggara, negara Thailand dan Filipina sudah melaksanakannya.
sumber : carian internet
Di Malaysia, umur matang adalah 18 tahun, bermaksud seseorang individu boleh memandu, berkahwin, menandatangani kontrak dan boleh dibicarakan di mahkamah.
Namun Artikel 119(1) Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan rakyat yang mencecah umur 21 tahun sahaja layak mengundi.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh no i dont agree. Dorg sgt mudah dipengaruhi and belum ckp matang lg |
|
|
|
|
|
|
|
Orang muda..darah panas......entah apa apa Madey ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila difikirkan tentang minat dan kesedaran politik di kalangan orang muda negara ini semakin meningkat, bagus juga jika cadangan ini di perbincangkan dengan serius.
Wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
muda sgt xmatang... baru je kluar sekolah... kerja pun blum baru nak kenal dunia luar yg sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Elok laaa rmi sikit pengundi baru untuk pru15 nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada poll, I will vote No. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengundi baru ni talian hayat PH sbb kebanyakan mereka tidak kenal sejarah politik malaysia. Lebih mudh utk dipengaruhi terutamanay telah tertanam dalam.mind set sekarang ni BN = Rasuah.
Kalau org2 lama mereka tahu masih ada didalam BN yg berjuang utk rakyat hanya sebilangan sahaja yg merosakan negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Elle_mujigae at 22-6-2018 06:28 PM
tadi baca snippet ni kat Malaysiakini...
If you can be tried in criminal court as an adult at 18, there is no reason why you cannot vote at that age, said Pakatan Harapan chief secretary Saifuddin Abdullah.
https://www.malaysiakini.com/news/430776
make sense pendapat beliau...kalau remaja umur 18 tahun dah dibicarakan sebagai orang dewasa kat mahkamah, kenapa bila bab voting je terus kata mereka ni tak matang lagi...?..
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju sangat..sekurangkurangnya dorang tau tipu menipu dlm politik ni.....janji2 kosong politik...nak turun harga minyak..nak buang tol.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|