CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 12

[Tempatan] Siti Kasim sokong campur tangan Muhyiddin.

[Copy link]
Post time 26-6-2018 05:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-6-2018 01:59 PM

Siti Kasim sokong campur tangan MuhyiddinWARTAWAN SINAR HARIAN
26 JUN 2018




Paparan Facebook Siti Kasim.


SHAH ALAM - Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim bersetuju campur tangan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi laporan terperinci berhubung insiden yang menimpa dirinya.

Menerusi catatat Facebook Siti Kasim yang juga aktivis berkata, tindakan itu sejajar dengan kedaulatan undang-undang yang harus dipatuhi.


“Adalah menjadi kepentingan umum bahawa menteri harus memastikan jabatan di bawah seliaanya mengikut undang-undang. Ini adalah mengenai peguam dan hak pelanggan. Ini bukan mengenai Siti Kasim.

“Mengenai hak saya untuk mengambil apa-apa tindakan undang-undang ia adalah perkara yang berasingan. Jika berlaku sebarang pelanggaran, saya terpaksa mengambil tindakan sewajarnya. Itulah hak saya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan gesaan Muhyiddin campur tangan dalam kes Siti Kasim yang ditangkap susulan dakwaan menculik anak guamnya dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Sebuah portal melaporkan, Zainul Rijal berkata, tindakan itu bertentangan dengan peraturan undang-undang yang dijanjikan kerajaan baharu.
Zainul Rijal berkata, fakta kes itu perlu disiasat dan dijelaskan terlebih dahulu dan jika menteri dalam negeri dibenarkan menentukan tindakan polis, maka Malaysia tidaklah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.
Siti Kasim bagaimanapun berkata, Zainul Rijal perlu melihat perkara itu dengan jelas dan telus.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/siti-kasim-sokong-campur-tangan-muhyiddin-1.84904







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
So weird la PH, menteri blh la dictate ape yg polis boleh buat. U gonna be worst then BN la kalqu camni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 07:09 AM | Show all posts
anti Islam, melayu & BM semakin berani sekarang ini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 07:30 AM | Show all posts
Lembab betul Muhyiddin Yasin ni. Dah beberapa hari kejadian berlaku baru terdengar dia bersuara padahal dia Menteri Dalam Negri yang bertanggong jawab dalam hal kepolisian!

Ni baru terhenggeh heggeh nak suruh Ketua Polis Negra buat laporan teperinci kat dia! Tapi tak apa lah....dari tak ada apa apa...

Suruh Ketua Polis Negra tu explain kalau betul pon polis kena kecing dengan JAIS, apasal punya bodoh, mintak reman 4 hari lagi? Orang melayu kata bodoh sombong. Omputih kata incompetent and arrogant!

Anyway bila nak tukar Ketua Polis Negra?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:07 AM | Show all posts
aku harap pendakwa sediakan kes ni dengan terbaik.  saman perempuan ni sampai lingkup. kita lihat sejauh mana dia nak begerak dan halang pelaksanaan tugas oleh penjawat awam di negara ini.

jika keadaan seperti ini tidak dijadikan contoh, pentadbir akan hadapi lebih banyak kesukaran selepas ini.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:19 AM | Show all posts
takperlu siasat2 serbuan parti arboq tu.
kerajaan patut gubal undang2 tross.
tangkap semua arboq n buang ke timur leste.

penyokong2 arboq mcm siti kasim tu
kita hantar thailand modified pasang batang ngan telo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2018 08:22 AM | Show all posts
aduh,makin hari nampak semakin tenat negara kita nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti Kassim ni pejuang pd golongan lemah....mungkin kalau dia cantik ramai tak benci dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 08:50 AM | Show all posts
mohon lantik SITI KASIM ni jadi penasihat keamanan kat dalam KDN
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:56 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 26-6-2018 08:35 AM
Siti Kassim ni pejuang pd golongan lemah....mungkin kalau dia cantik ramai tak benci dia

ha ha sy agak bersetuju dgn kamu point ini
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 09:22 AM | Show all posts
sampai sekarang tak tahu apa nama yg rupa orang yg buat laporan palsu

orang yg tolong pula kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 09:36 AM | Show all posts
Kalo nak jadi peguam berkaliber muka dan pakaian tu biarlah nampak senonoh sikit. Siti Kasim nih nampak begitu serabai dan serabut menjadikan belum dengar hujjah dia dah rasa rimas dan geli. Ada aje ramai orang yang kurang cantik tapi dia pandai menggayakan diri nampak elegent. Tapi Siti Kassim ni seolah2 memandang belacan atau tapai basi
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus munteri buat camtu biar melayu buka mata sikit{:handsome
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.377720 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list