|
|
Seksi melampau sampai nampak bra! Itu tuduhan yang dilemparkan kepada pelakon cantik, Zahirah MacWilson.
Fotonya memakai gaun berwarna jingga di Intagram itu memang benar-benar berjaya mencuri perhatian ramai netizen.
Difahamkan sekarang ini Zahirah sedang bercuti di Bali, Indonesia.
Berkongsi aktivitinya, ramai yang kurang senang bila pakaian yang digayakannya menampakkan kain hitam yang disangka sebagai bra.
Namun menurut aktres drama Mentari ini, ia bukanlah bra seperti yang disangka.
Ada juga komen yang menyatakan Zahirah lebih cantik jika berpakaian sopan tanpa perlu mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya.
Biasalah, peminat tegur sebab sayang.Mungkin lain kali boleh pilih pakaian yang lebih bersesuaian supaya tidak menimbulkan salah faham dan fitnah. -CARI
|
|