View: 3764|Reply: 6
|
Resipi Viral “Mac & Cheese Crispy”- 2 Bahan Je. Memang Mudah Kalau Nak Cuba
[Copy link]
|
|
Rasa cheese dan kerangupannya ketika mengunyah sudah pasti menambahkan lagi keasyikan saat menikmati waktu minum petang bersama keluarga , anak-anak ataupun rakan. Jika anda mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain dan mudah untuk dimasak boleh cuba resipi Mac & Cheese Crispy ini!
Resipi yang viral hanya menggunakan 2 bahan sahaja ini telah dikongsikan oleh puan Wan Rohanidi laman Facebooknya. Memang sangat mudah dan semudah ABC sahaja. Resipi ini juga mendapat perkongsian beribu kali dari pengguna Facebook sendiri.
Bahan-bahan yang digunakan hanyalah pasta dan cheese powder sahaja. Sangat Mudah!
Jom belajar buat!
1. Rendam pasta
Masukkan makaroni dalam mangkuk, rendam makaroni dengan air 45 minit. Tak perlu rebus tau. Kalau lama sangat nanti kembang. Kalau sekejap pulak lepas goreng jadi keras.
Ingat tau, rendam 45minit, air tenggelam. Kalau guna pasta yang lebih tebal, make sure rendam lama sikit. Kalau tak, nanti keras tak boleh rangup. Depends pada jenama pasta juga tau. Sebab setiap jenama tak sama tebalnya. Try dulu 45minit. kalau keras, boleh rendam lebih masa lagi. Nak tukar jenis pasta pun boleh. Spiral boleh. Reben boleh.
2. Panaskan kuali untuk menggoreng
Semasa menggoreng, pastikan sentiasa mengacau. Kalau tidak pasta anda akan melekat satu sama lain.
3. Selepas warna menjadi keemasan, toskan.
4. Masukkan pasta yang telah digoreng ke dalam bekas bertutup.
5. Masukkan cheese powder.
6. Tutup bekas dan goncang untuk meratakan cheese powder tadi.
Mudah je kan? Selamat mencuba! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
wah sedap Nampak boleh try la weekend ni….. |
|
|
|
|
|
|
|
Cheese powder tu mhl gila..yg warna oren gelap tu..sepeket kecik rm7 |
|
|
|
|
|
|
| |
|