|
Indahnya hidup bila sedang dilamun cinta. Tengok muka berseri-seri, asyik tersenyum sahaja sudah cukup membuktikan Nelydia Senrose kini sedang bahagia.
Nelydia kini sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan walaupun sedang sibuk shooting.
Aktres cantik ini mengakui yang dia kini bahagia disamping kekasihnya, Hafiz yang merupakan seorang ahli perniagaan.
"Kami bercinta baru beberapa bulan. Memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya,
Foto: IG Nelydia Senrose
Tambah Nelydia, Hafiz memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya iaitu seorang yang memahami, membuatkan dirinya selesa, mempunyai ekonomi yang stabil dan sangat matang.
"Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan lancar. Bila atau tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Sampai waktunya nanti saya bagitahu secara rasmi.
Bertuahnya menjadi Nelydia kan. Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. -CARI
|
|