Zaman sekarang ni, macam-macam cara peniaga ingin melariskan produk mereka, ada yang sampai sanggup menjadi 'penunggang agama' hanya untuk mengaut keuntungan setimpal.
Di Twitter, tular tentang produk-produk yang mengunakan nama Islam dan ayat-ayat kalimah hanya untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk mereka.
Bayangkan topi dijual dengan harga ribuan ringgit, tak masuk akal langsung! Boleh merawat pelbagai penyakit katanya.
Ramai netizen geram dengan peniaga-peniaga ini yang cuba memperdaya orang dengan jualan mereka, sehingga ada yang tanya tidak rasa berdosa ke tipu orang dengan cara begini?
Walaupun nampak mengarut, sebenarnya terdapat sesetengah individu dan pihak yang masih lagi terpedaya dengan produk sebegini.
Mungkin terdesak agaknya, atau mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Entahlah.
Buat penianga, berniagalah dengan cara yang betul, tolonglah berhenti menjadi penunggang agama seperti ini. -CARI |