Mempunyai perbezaan pendapat dalam pelbagai hal adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Begitu juga dengan perbezaan fahaman politik yang ada di negara kita. Ia menunjukkan kebolehan masyarakat untuk berfikir serta menilai sesuatu dalam usaha mencari keputusan terbaik untuk diri dan masyarakat. Jadi, ianya tidak salah malah setiap orang perlu berlapang dada menerima pendapat orang lain bagi kebaikan semua.
Anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Ashman Najib telah memuat naik status dan gambarnya bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq di akaun Instagramnya. Dalam status tersebut, dia melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Syed Saddiq walaupun mereka berlainan fahaman politik.
Rata-rata netizen memuji sikap Ashman dan juga Syed Saddiq. Ia wajar dijadikan contoh agar golongan pemimpin dan ahli politik negara ini lebih dihormati.
Ramai netizen melahirkan rasa gembira dan bangga dengan sikap Ashman dan Syed Saddiq kerana mereka mengamalkan politik yang matang. Masing-masing berfikiran terbuka dan mementingkan nilai persaudaraan sesama Islam.
Tidak kurang juga, ada netizen yang mengatakan wajah mereka seakan serupa dan dilihat seperti adik-beradik. Ada juga netizen yang cuba membandingkan ketampanan mereka berdua. Rasa seperti tidak patut pula kan?
Semoga masyarakat kita hari ini turut mengamalkan sikap saling menghormati antara satu lain dan mengenepikan masalah perbezaan fahaman politik yang boleh memecah belahkan persaudaraan. Menjaga hubungan antara satu sama lain dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. - CARI |