View: 1289|Reply: 8
|
[Tempatan]
Menteri setuju elaun 'kaki ponteng' dipotong
[Copy link]
|
|
MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan supaya elaun bulanan Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat dipotong sekiranya ketidakhadiran mereka mengganggu perjalanan mesyuarat.
Beliau berkata, tindakan itu boleh diambil jika Ahli Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh.
“Itu saya setuju, jika betul tanpa sebab kukuh saya rasa munasabah untuk parti mereka sendiri ambil tindakan. Kalau ada perancangan pemotongan elaun itu terpulang kepada peraturan Parlimen,” katanya kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas status Twitter bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat tidak cukup korum adalah melalui potongan elaun bulanan Ahli Parlimen mengikut kadar arahan Jawatankuasa Pemilih Dewan.
Rais turut mencadangkan supaya nama-nama Ahli Parlimen yang disifatkannya sebagai ‘malas’ itu didedahkan di dalam akhbar dan media sosial.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, keadilan perlu diberikan kepada Ahli Parlimen untuk menjelaskan mengapa mereka yang tidak hadir persidangan.
ADVERTISING
“Jangan hanya keluar gambar dewan kosong, kita terus buat kesimpulan tetapi berilah peluang kepada mereka untuk menjelaskan mengapa mereka tak hadir, Dalam masa dua tahun ini mungkin kita boleh mengukur siapa yang sengaja tidak hadir, dari situ kita boleh ambil tindakan,” katanya.
Persidangan Dewan Rakyat hari ini tertangguh 10 minit kerana tidak cukup korum.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 11:17 PM |
|
|
|
|
|
|
|
cakap kosong nak tunjuk hero tak guna. ujung ujung tak ada apa tindakan . tiada bezanya dgn budaya ahi parlimen dulu. nanti siap bagi berbagai alasan mengapa ponteng dewan.alaun tetap jalan bahkan melonjak naik lg. nak berjimat lah sgt konon. |
|
|
|
|
|
|
|
Potong je elaun. Aku stuju sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju..baru kerja rajin sikit..haha |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni mahathir warning, esoknya lagi ramai menteri & timbalan tak datang. maknanya apa? maknanya tiada siapa takut yg dgn PM 12 kerusi. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas aku ingat ada isu viral parlimen kosong
semua salahkan ahli parlimen, makan gaji buta, pemalas, tak disiplin, habiskan beras
then tahun ni masih berulang lagi?
kesimpulannya ... masih valid lagi ke sidang parlimen sedangkan ahlinyer pon tak ada hati nak datang |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pembangang sibuk bantah kasut hitam putih..baik usulkan isu ni..baru nmpk bijak sikit..
Tak berani la tu..pasal dia pun 2x5.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka tak tau malu,elauan kau sapu,tapi malas & kaki ponteng |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju .. tak kira kerajaan atau pembangkang ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|