CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7018|Reply: 22

"Duit Kerajaan Dah Ambil, Tapi Filem Ke Laut ?" - Michael Ang Selar P

[Copy link]
Post time 27-7-2018 03:28 PM | Show all posts |Read mode




Eh betulkah ada pengarah ambil duit yang disalurkan oleh kerajaan terdahulu, tetapi tidak menghasilkan filem yang sepatutnya? Patutlah industri filem lembab dan kurang berkembang.


Ada dana dan bantuan oleh pihak tertentu, tetapi hasilnya tidak dapat dituai. Isu ini sebenarnya dicetuskan pengarah drama dan filem romantik komedi Michael Ang.




  



Dalam satu muat naik di akaun Instagram miliknya, Michael atau Mike menyelar segelintir pengarah dan penerbit yang tidak amanah selepas mendapat geran atau bantuan daripada kerajaan pimpinan Barisan Nasional terdahulu.


Kapsyen panjang lebar di bawah foto Perdana Menteri Dr mahatihir itu menyebut tentang sesetengah pihak yang meminta geran dan bantuan daripada kerajaan hanya bertujuan untuk cepat kaya.


Mike juga menyebut beberapa filem yang dikatakan gagal diterbitkan oleh pihak yang dianugerahkan geran tersebut seperti filem berkenaan Tasik Cini, filem tentang perang Laut Cina dan pelbagai lagi.


Menurutnya, wang tersebut telah diambil tetapi status filem tidak diketahui. Dalam kapsyen itu juga, Mike memohon supaya penggiat seni tidak lagi membangkitkan isu bantuan kerana baginya lebih baik menumpukan pada isu hak cipta, royalti, duti hiburan dan cukai-cukai lain.






Biarpun isu yang dibangkitkan ini agak berat, nampaknya netizen memberikan pandangan berbeza pada posting tersebut. Netizen mula mempertikaikan drama dan filem keluaran Mike yang dikatakan murahan dan berunsurkan cinta saja.


Mike yang agak bengang dengan kenyataan tersebut membidas komen netizen itu dengan menyatakan dia menghasilkan produk hiburan menggunakan modalnya sendiri.


Agaknya, siapa pengarah yang mengambil wang kerajaan tetapi tidak amanah tu ya? Netizen ada meneka beberapa nama, tetapi belum tentu sama ada ia sahih atau tidak. Harap filem yang diusahakan dapat disaksikan kelak. Sama-sama kita nantikan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2018 03:51 PM | Show all posts
hai mekal ang
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 04:05 PM | Show all posts
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul org makan duit rakyat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 04:31 PM | Show all posts
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik chini
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 04:48 PM | Show all posts
Thanatus replied at 27-7-2018 08:31 AM
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik  ...

naga tasik tengah nyorok

boikot tengok pembalakan kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 05:35 PM | Show all posts

Mike ada kat forum ni eh? Apa nick Mike?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau cter dah bagus pun tp pelakon amek yg hauk pun problem jdk
I ramai turn off dgn cter paskal sbb hero dia

So malaysia ni dana org dah bg untk buat cter psl historical / patriotic tp malangnya producer/director buta ke apa menonong amek pelakon tah hape2
Satu2 masalah dgn industri seni malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanatus replied at 27-7-2018 04:31 PM
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik  ...

Oh buat cite pasal naga tu ke? Kalo nk buatlah naga tu sehebat naga pilem hobbit tu.
Seronok gak baca pasal naga tasik chini ni kt bod mitos tu.
Pasal konon kalo bah besar kat pahang berlaku maknanya naga nk kuar lah, pastu naga tu pun ade kaitan ngn ular besar kt sg kt sarawak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2018 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 27-7-2018 05:35 PM
Mike ada kat forum ni eh? Apa nick Mike?

ada je.. dulu aktif kat board drama promo drama beliau.. la ni tatau la.. kat thread masterchef dulu ada beliau mencemar duli
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2018 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 27-7-2018 04:05 PM
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul ...

Oh yeszaaa.. Juta2 kot deme dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Harus ada idea yang lebih baik seperti pengarah-pengarah filem daripada negara asing, bukannya mahu memuji mereka, tetapi realiti rata-rata filem yang dihasilkan di Malaysia adalah jauh beza dari segi kualiti penceritaan serta mutu lakonanan yang amat menduka citakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanatus replied at 27-7-2018 04:31 PM
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik  ...

Cadangan filem tu masa Rafie Husin masih hidup kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut lah peruntukan nak dihentikan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik tau. Kang ada sorang yg meraung lagi depan mahkamah. Yg sorang lagi pulak seronok la masuk dlm. Orange is the new black gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 27-7-2018 04:05 PM
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul ...

Kembar tu sama macam pakcik mereka yang kekonon aktivis melayu/islam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapekah kembar itu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2018 09:07 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 27-7-2018 04:05 PM
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul ...

adik beradik Johor tu ker uols?

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 09:56 AM | Show all posts
Nenasketum replied at 29-7-2018 08:56 PM
Kembar tu sama macam pakcik mereka yang kekonon aktivis melayu/islam.

sapakah gerangan si kemba itew??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembar ? Sapekah ? Iols terbayang kru. Bkn eh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 27-7-2018 05:35 PM
Mike ada kat forum ni eh? Apa nick Mike?

Nama dia. Lamaaaa dulu zaman belom pemes selalu masuk sini promot drama dia. Bila porumer menghanjeng drama dia, dia balas baik2 jah zaman tu. Now bila dah pemes, dia pulok yang hanjengkan netizens. Nick pon terus lesap.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078334 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list