View: 6695|Reply: 6
|
Resipi Terbang Dari Korea, Nasi Goreng Kimchi Dengan Sos Carbonara
[Copy link]
|
|
Ramai penggemar kimchi di sini? Resipi kali ini menggabungkan kimchi, nasi goreng dan sos carbonara.
Meriahkan selera anda dan usah gentar cuba makanan dari luar negara. Jom cuba resipi Nasi Goreng Kimchi dengan Sos Carbonara yang diterbangkan khas dari Korea ini!
Foto:Facebook
Bahan-Bahan:
Nasi secukupnya
400g Kimchi
Daging
1/2 Daun Bawang
2 sudu besar kicap
1 sudu besar serbuk cili
Minyak Masak
1 paket Krim Sup
350g Keju Cheddar
3 Batang Keju
800ml Air
1 Telur Goreng
Cip Bakon (pilihan)
Foto: Okezone.com
Cara-Cara1. Tambah 800ml air dan 1 pek krim sup dalam periuk dan didihkan ia. Setelah mendidih, tambahkan 350g keju cheddar.
2. Panaskan kuali di atas api sederhana. Tambah minyak masak dan goreng daging beserta 1/2 daun bawang.
4. Ketepikan di bahagian kanan dan tambah 2 sudu besar kicap di bahagian kiri kuali. Tambah 400g kimchi dan 1 sudu besar
serbuk cili.
5. Masukkan nasi dan goreng seketika.
3. Kumpulkan kesemua bahan di tengah-tengah kuali dan tambah telur goreng di atas nasi. Tuang sos krim di setiap sudut dan letakkan keju.
Nota: Resipi asal menggunakan daging babi, namun sebagai orang Islam, gantikan dengan daging lembu. Selamat mencuba! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyaaaa... xde cheese pon dah sedap |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tengok foodie duo kat tlc. orang korea ni
masak ada style. makan pun ada style.
nampak pedas. tecungkap2 pengacara dia makan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada kimchi. Carbonara je takda |
|
|
|
|
|
|
|
I love Korean cuisine. Thanks for the recipe. In the photo it looks very tasty)) |
|
|
|
|
|
|
| |
|