Dulu-dulu anak dara tempatnya di rumah, cakap berlapik, senyumnya lembut dan kalau tergelak sekalipun, pasti menutup mulut. Ya, itu dulu pastinya tidak boleh disamakan dengan situasi milenium yang wanitanya lebih berdikari dan sebaris dengan lelaki.
Namun, apabila anak dara masa kini bersuara, menceritakan secara terbuka perasaannya terhadap kekasihnya, lengkap dengan ayat-ayat yang langsung tidak sesuai bagi yang belum berumah tangga pastinya menimbulkan jelik pada mata kasar sesetengah pihak.
Bukan kah itu melampau? Tidak sopan? Dan juga haram?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Filem Busker
Masalahnya, ada pula yang menyokong perasaan 'cinta' tersebut. Twiter tu hak peribadi kata mereka. Oh! Rakan sebaya rupa-rupanya.
Tapi sebenarnya, dah ramai yang menyampah post-post berkenaan 'romantik terlebih' ini. Tak kena tempat kan, tolong simpan untuk diri masing-masing ya.
Kredit foto: Carian Internet
Masih ada yang tak puas hati, siap ajak berdebat lagi panjang lebar pula.
Ya, adakah salah netizen yang terlalu memikirkan maksud ayat tersebut hingga nampak ia lucah?
Kredit foto: Carian Internet
Jadi, nasihat ini paling bernas. Jangan terlalu obses ya dik.
Dengan kemajuan teknologi serta manusia yang lebih terbuka, memang agak sukar untuk mengekang generasi baru dan yang akan datang. Namun, jika ada yang menegur dengan baik serta pihak yang ditegur pula menerima lalu memperbaiki kesalahan tersebut, alangkah baiknya.
Jadi, sama-samalah kita tegur menegur antara satu sama lain bagi mencapai masyarakat unggul tanpa melupakan adab sopan. - CARI
|