Satu kejadian mengejutkan di mana seorang pemandu teksi di China dirakam terlelap selama seminit ketika sedang memandu di lebuh raya.
Kredit foto: Daily Mail/News Flare
Lelaki itu hanya terjaga selepas kenderaannya hilang kawalan dan melanggar sesuatu di atas jalan raya.
Ekoran kejadian, syarikat teksi berkenaan bertindak memecat lelaki yang hanya dikenali sebagai He itu.
Memetik Daily Mail, kejadian berlaku di Shenzhen, wilayah Guangdong, Jumaat lalu ketika He sedang memandu di Lebuhraya Bao'an berhampiran lapangan terbang pada jam 6 petang waktu tempatan.
Jurucakap syarikat berkenaan berkata kepada Shenzhen Evening News, berkemungkinan besar He tertidu kerana kepenatan.
"Nasib baik keadaan jalan ketika itu lengang dan kemalangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan," katanya.
Kejadian itu disedari syarikat berkenaan apabila pihak pengurusan menyemak rakaman dashcam kereta pemandu untuk memantau kerja mereka.
Menurut laporan People's Daily Online seperti dipetik Shenzhen Evening News, He bekerja dengan syarikat Teksi Ganglong dan dia dijangka akan disenarai hitam oleh persatuan teksi Shenzhen. - CARI |