Peniaga berlian Lubnan Samer Halimeh mendedahkan mula mengenali Datin Seri Rosmah Mansor di sebuah acara sosial di Belgravia di London pada 2009, lapor MalaysiaKini.
Kredit foto: MalaysiaKini/Modanite
Menurut FMT, Ketua pegawai eksekutif Samer Halimeh New York berkenaan berkata, isteri kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu meminta syarikatnya menaja dan mempamerkan barang kemas berlian di sebuah majlis amal.
Menurutnya, acara berlangsung di London dan beberapa kota lain.
Syarikat berkenaan kemudian turut membekalkan "barang kemas VIP" untuk pelbagai acara yang dihadiri Rosmah dan suaminya.
Kredit foto: Samer Halimeh New York/Yahoo
Malah, Samer turut diundang ke majlis perkahwinan anak mereka, Nooryana Najwa pada 2015.
"Sebab itulah pada 2018, kami amat mempercayai hubungan ini sehingga memberikan barang kemas bernilai 11.5 juta pound sterling kepada Rosmah atas dasar 'cuba sebelum beli'.
"Saya rasa ia (barang kemas) dipesan dengan jangkaan pasangan itu memenangi pilihan raya umum 2018," katanya.
Bulan lalu, Samer melalui Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Rosmah untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai kira-kira RM60 juta yang dirampas pihak polis untuk siasatan membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kredit foto: Kredit foto: Samer Halimeh New York/Yahoo
"Kami sangat kesal dan sedih kerana terpaksa mengambil tindakan mahkamah terhadap Rosmah dalam keadaan sebegini," katanya. - CARI |