Tiga pedofil yang merogol dan membunuh budak lelaki berusia 10 tahun digantung dengan kren di hadapan khalayak selepas ditembak mati di dataran awam di Sanaa, Yaman.
Memetik The Sun, tiga lelaki itu disabitkan kesalahan merogol dan membunuh Mosad Saleh al-Mothana, 10.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka diarahkan polis untuk berlutut dan meniarap di atas permaidani sebelum ditembak lima kali tepat ke jantung dari belakang.
Mayat mereka yang berlumuran darah kemudian digantung menggunakan kren untuk dilihat orang ramai.
Gambar bawah, doktor memeriksa dan mengesahkan kematian tertuduh
Terdahulu, Hussein al-Saket, 22, yang didakwa menculik, merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun digantung di khalayak ramai di Dataran Tahrir, Sanaa yang dikuasai pemberontak Houthi sejak 2014.
Menurut laporan, bapa saudara mangsa, Ali Ayedh berkata, Hussein menyertai operasi mencari kanak-kanak itu sebelum perbuatannya terbongkar ketika disoal siasat polis.
Foto: The Sun/EPA
"enggantungan di khalayak ramai ini diharap dapat mencegah orang ramai daripada melakukan jenayah," katanya. - CARI |