Tidak lengkap kehidupan artis tanpa kehadiran peminat dan 'haters' yang menjadi pemangkin kerjaya mereka. Tidak kira sama ada positif atau negatif, semuanya itu adalah asam garam dunia seni. Sementelah mempunyai kelab peminat adalah satu kebiasaan yang dilakukan oleh peminat yang meminati artis pujaan mereka.
Namun, jarang sekali mendengar sekelompok 'haters' bergabung membentuk kelab bagi melaporkan segala kesilapan artis tersebut di media sosial. Tetapi, ini yang berlaku terhadap penyanyi Haqiem Rusli yang sangat popular dengan 'mild depression'nya. Apakah tujuan puak 'haters' ini sebenarnya?
Kredit foto: Twitter
Pelbagai profil diwujudkan demi memastikan kelab Lembaga Aduan Haqiem Rusli (LAHAR) berjalan lancar. Sampai macam tu ya?
Kredit foto: Google
Antara agenda mereka ialah membuat bantahan. Dah kenapa?
Bagi ahli Lahar mereka sudah jemu dengan kisah Haqiem yang tidak berkesudahan.
Kredit foto: Youtube
"Menegur jangan sampai menghina." - Itu teguran peminat Haqiem yang merasakan kewujudan Lahar ini sengaja mahu menjatuhkan kerjaya Haqiem
Ya, gerakan anti Haqiem Rusli digiatkan secara besar-besaran di Twitter. Sedikit kesilapan yang dilakukan penyanyi 'Tergantung Sepi' ini pasti dibincangkan di dalam kelab. Ia agak kasar bagi peminat Haqiem sendiri namun jika Haqiem boleh mengatasi cabaran ini, pastinya dia mampu menangkis dakwaan tersebut dan lebih maju ke hadapan. - CARI
|