Malaysia antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong dari pelbagai negara. Dengan khazanah alam yang masih terpelihara di beberapa negeri, makanan murah serta rakyatnya yang peramah membuatkan ramai pelancong seronok berulang kali mengunjungi negara ini.
Namun begitu, ada juga yang mengadu bahawa Malaysia (mereka maksudkan Kuala Lumpur) bukanlah lokasi menarik, kerana ia dipenuhi dengan pembangunan serta kesibukan warga kota yang tidak berkesudahan. Sedangkan apa yang mereka mahu ialah lokasi bersejarah dan eksotik seperti negara Asia lain, tetapi pastinya bukan Kuala Lumpur.
Kredit foto: Twitter
Ada satu lagi kekurangan yang mereka nyatakan iaitu KL tidak unik kerana semua orang boleh berbahasa Inggeris, tidak seperti negara Asia yang lain. Eh! Mat Salleh ni banyak komen pula.
Kredit foto: Google
"KL tu kan memang bandar raya. Jadi, kenapa lah pilih KL, lepas tu menyesal!"
Kredit foto: Google
Ada netizen yang menyarankan negara 'eksotik' lain, misalnya Kemboja, mungkin ia lebih menepati cita rasa pelancong ini.
Ke mereka ingat semua negara Asia masih hidup dalam khemah?
Kredit foto: Google
"Lain kali, buat kajian dulu. Banyak negeri lain kat Malaysia yang eksotik ya."
Tetapi, ada sahaja pelancong yang menulis komen yang mereka sukakan KL. Wah!
Kredit foto: Google
Ya, mungkin tidak kesemua pelancong berpendapat demikian. Bagi mereka yang menghargai alam sekitar boleh sahaja ke Sabah dan Sarawak yang masih terpelihara hutan dan guanya. Manakala bagi mereka yang sukakan bangunan lama bersejarah, boleh berkunjung ke Melaka dan Perak. Hayati kehidupan masyarakat setempat yang sangat unik biarpun tidak seunik seperti perkumpulan baba dan nyonya yang semakin berkurangan dek kemajuan teknologi, namun ia masih ada.
Apa yang penting, buat kajian terlebih dahulu dan jangan buat tuduhan melulu. Malaysia adalah negara indah yang masih banyak khazanah alam untuk diteroka. - CARI
|