View: 1971|Reply: 11
|
Tergamak Suami Lontar Tombak Sawit Pada Isteri
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki tergamak melontar tombak sawit hingga menyebabkan kecederaan pada betis isterinya, lapor Harian Metro.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Isnin di Kampung Penangah, dekat Tongod, Kinabatangan.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 36 tahun dan suaminya, 42, dalam perjalanan pulang dari kebun kelapa sawit sebelum mereka bertengkar kerana mangsa menegur dan melarang suspek minum minuman keras.
Gambar Hiasan
“Wanita itu kemudian meminta suaminya memindahkan buah kelapa sawit ke seberang anak sungai, namun suspek tiba-tiba membaling tombak dan menyebabkan kecederaan pada betis kanan isterinya.
“Wanita itu kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Telupid pada hari sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Tongod," kata Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat.
Tambahnya, mangsa mendakwa sering dipukul selepas bertengkar dengan suspek dan pihaknya kini dalam usaha mencari lelaki terbabit yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian.
“Tombak kepala sawit disyaki senjata digunakan suspek, turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah tangga," katanya.
Mangsa berkahwin dengan suspek pada 1996 dan dikurniakan enam anak berusia lapan hingga 18 tahun. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
perghh...gaduh2 pun dah disburse 6 kali |
|
|
|
|
|
|
|
anak dah setengah dozen pun perangai masih buruk.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa kaki kakak pula terasa sakit membacanya |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh punya laki..
patutnya si bini balas lontar tombak tu ke anu lakinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sis @chazey atau pilak???
Calling sheols at first |
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 17-8-2018 01:26 PM
Sis @chazey atau pilak???
Calling sheols at first
Kinabatangan tu area 70% non lokal. Akak pun tatau dek. Sebab katanya keja ladang kelapa sawit. Lokal or non lokal is possible. |
|
|
|
|
|
|
|
Jntn sah2 x gune
Bini dok hdp laki xgune buat hape |
|
|
|
|
|
|
|
laki tu dah dijumpai membunuh diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|