CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9507|Reply: 73

[Tempatan] Lagi kes terjatuh dari bangunan, kali ni lawyer

[Copy link]
Post time 19-8-2018 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: : Seorang peguam berusia 45 tahun ditemui terjatuh dari sebuah bangunan dalam kejadian di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas, di sini, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata pihaknya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul.

Menurutnya, sebaik tiba, polis menemukan seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala dan badan.

"Pemeriksaan polis menemui satu nota bertulisan tangan bertulis 'please call my son my daughter' (tolong hubungi anak lelaki dan anak perempuan saya).

"Menerusi penemuan nota itu, pegawai penyiasat kemudian telah pergi ke rumah anak perempuan mangsa," katanya.

Beliau berkata, menurut anak perempuan mangsa, dia tidak tahu bapanya yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar rumah.

Katanya, anak mangsa juga memaklumkan bapanya itu memang mempunyai masalah hutang dalam perniagaan.

Malah sehari sebelum kejadian, mangsa ada memberitahu anak perempuannya supaya beranggapan bahawa dia sudah mati.

"Anak perempuan mangsa mengesahkan bahawa nota yang ditemui bersama mangsa ketika kejadian adalah tulisan yang ditulis bapanya sendiri," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat ke hutang lawyer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dgn anak tinggal asing?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 07:30 PM | Show all posts
peguam banyak hutang
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 07:34 PM | Show all posts
memang dah plan nak bunuh diri..

kesian pula nanti anaknya dicari
pemungut hutang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjatuh terjatuh.

Tulis ja bunuh diri takleh ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2018 07:38 PM | Show all posts
Edited by Maideen. at 19-8-2018 09:00 PM

Maideen kenal ACP R. Munusamy ini. Kat kereta dia ada sticker "Rupa tiada, hati mulia". Dia pernah menghalau Lokman Noor Adam dan penyokong UMNO keluar dari compound mahkamah masa Najib Kleptokrat kena charge dulu.

Minit 0:33 dalam video ini menunjukkan Tuan Munu datang mengahalau choir UMNO dari menyanyi nyanyi....Prrrrrrrrrrpffftght




"I halau depa pi car park kalau nak nyanyi", seolah olah itu lah kata ACP R. Munusamy kepada anggotanya setibanya di IPD Sentul
.

Apa apa pon sunggoh trajis kematian peguam itu. Semoga Tuan Munu berjaya menyelesaikan kes ini.

Wallahualam.




Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 19-8-2018 11:35 AM
Terjatuh terjatuh.

Tulis ja bunuh diri takleh ka?

Jaga aib sis.. ha gitchew sambil membetulkan tudung/meramas janggut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2018 10:04 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 19-8-2018 07:21 PM
Ayah dgn anak tinggal asing?

tinggal sebelah menyebelah rumah je....
mgkin anak dia dah bekeluarga.....


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 10:09 PM | Show all posts

Iyalah.....

peguam kan dapat komisen berdasarkan kes yg di handle....
gaji pokok sikit je....
klu dia bukak firma guaman sendii...lg teruk...nak bayar rental, gaji pekerja....etc.
bayaran dari client lambat masuk...terpaksa pinjam dulu nak tampung overhead expenses.....

ramai je lawyer yg terpaksa buat kerja lain, jadi ejen hartanah lah....



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam pun tak boleh manage stress
Mai la join porum cari
Boleh ilang stress
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 10:15 PM | Show all posts
mjla replied at 19-8-2018 10:09 PM
Peguam pun tak boleh manage stress
Mai la join porum cari
Boleh ilang stress

Iya ke blh hilang stress?...
Ramai je otai otai dah hilang dari porum ni....
aku rasa sbb stress dgn pangai laba biol tu.....


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-8-2018 10:15 PM
Iya ke blh hilang stress?...
Ramai je otai otai dah hilang dari porum ni....
aku rasa sbb stress ...

Laba tu pun tak lama
Sok lusa ikut jejak langkah hakim tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 08:36 AM | Show all posts
Edited by yoonamats at 12-7-2024 08:52 PM

FAV LINK:
label

peguam banyak hutang
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 09:06 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 19-8-2018 10:09 PM
Iyalah.....

peguam kan dapat komisen berdasarkan kes yg di handle....

ooo..

tiap kerja ada cabarannya..

yang hebat akan berjaya..

dan yang penting juga kena pandai urus kewangan,
klu dh gj sikit jangan berlagak kaya,
jangan pakai merc pakai myvi dulu,
jangan main judi, jangan minum arak
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 09:07 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 19-8-2018 10:15 PM
Iya ke blh hilang stress?...
Ramai je otai otai dah hilang dari porum ni....
aku rasa sbb stress ...

tak ade pun laba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2018 10:12 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 20-8-2018 10:20 AM

setelah...

ku telek telek...

ku renung renung...

jcopy mungkin adalah jelmaan laba...

dia muncul dgn style baru...

no more bahasa carut2...

or hentam orang tak tentu pasal...

dia cuba cari geng kat komuniti CI ni dgn cara berpihak kpd pembangkang...

--

teori ni dari pilem P Romli Nujum Pak Blalang edisi 2018...

ha ha...   


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 11:44 AM | Show all posts

haha..

kan ku perhatikan..

kalau xde maki2 tu, merupakan satu anjakan paradigma la kiranya..

bagus la kalau mcm tu...xde la menyakitkan hati sape2..

cuma dia sokong pembangkang tu hak dia...fahaman dia,
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 01:19 PM | Show all posts

ya itu hak dia fahaman dia...

---

macam org yg nak ber geng...

join fan club manchester united..

bukan sebab nak sokong sangat or minat sangat MU...

tapi lebih kpd nak cari geng...  

teknik tu...

--

sori jcopy kalo ko bukan laba..

ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 01:35 PM | Show all posts
ermmmmmm bunuh diri ke? setiap masalah pasti ada penyelesaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.071081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list