CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2202|Reply: 0

Berada Di Tangga Ke-25 Dalam Indeks Keamanan Global 2018, Ini Pandangan Orang Lu

[Copy link]
Post time 21-8-2018 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: Institute of Economics and Peace



Kadangkala, kita terlalu tertumpu kepada isu-isu yang membimbangkan di dalam negara, sehingga kita terlepas 'gambaran yang lebih besar'.


Sumber Foto: Institute of Economics and Peace



Menurut laporan Indeks Keamanan Global (GPI) Tahun 2018 terbitan Institute of Economics and Peace (IEP) Malaysia berada di tangga ke-25 negara paling aman. Kedudukan Malaysia telah meningkat sebanyak 4 anak tangga berbanding dengan indeks yang sama pada tahun 2017. Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, hanya Singapura yang mengatasi kedudukan negara kita.


Sumber Foto: Institute of Economics and Peace



Patutlah Malaysia menjadi antara negara tumpuan pelancong, ekspatriat dan juga pendatang! Indeks ini mengambil kira penilaian sekumpulan pakar berdasarkan 23 indikasi yang dibahagikan kepada 3 kategori:
Konflik Domestik dan Antarabangsa Yang Berterusan (Ongoing Domestic and International Conflict), Keselamatan Kemasyarakatan (Societal Safety and Security) dan Pertahanan (Militarisation).

Jika dinilai secara berasingan, Malaysia berada di kedudukan ke-11 (1051 mata), 44 (2148 mata) dan 18 (1460 mata) bagi setiap kategori di atas.  

Seorang pengguna Reddit, SultanOilMoney telah menjadikan laporan indeks ini sebagai satu topik perbincangan di laman sesawang Reddit di bawah bebenang r/Malaysia. Yang menariknya, beberapa golongan 'ekspatriat' di Malaysia telah memberikan maklumbalas yang berbunyi positif secara keseluruhan. Ada yang membandingkan kehidupan di sini dengan kehidupan di negara Barat!




Sumber Foto: Reddit



Selain Malaysia dan Singapura, beberapa negara lain di rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Vietnam, Thailand, Myanmar, Filipina masing-masing menduduki tangga ke-55, 60, 113, 122 dan 137.

"Syukur, Malaysia masih aman."


Syukur, Malaysia masih aman! Agak klise, tapi barangkali kenyataan ini berasas.  Walau bagaimanapun, ini bukan alasan untuk kita mengambil mudah aspek keselamatan diri dan keluarga. Jika diteliti mengikut tiga kategori penilaian yang dinyatakan di atas, Malaysia agak ketinggalan dalam kategori kedua, iaitu Keselamatan Kemasyarakatan (Societal Safety and Security).


Kebimbangan mengenai isu-isu seperti kegiatan samun, pecah rumah, dan peragut turut disuarakan oleh pengguna Reddit. Agak membimbangkan bukan?



Sumber Foto: Reddit



Jadi dah tahu di mana kekurangan kita, jom kita banteras sama-sama. Demi masa hadapan generasi anak-anak kita, bersama-samalah kita membantu pihak berkuasa dalam mengekalkan keamanan negara kita ya!

Siapa lagi yang perlu ambil peduli jika bukan kita warganegaranya! - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040423 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list