Setiap hari kita disajikan dengan isu isu semasa yang sentiasa menarik perhatian pengguna laman sosial untuk memberi komen, pendapat serta tidak lupa juga makian secara berjemaah. Antara isu yang tidak lapuk dek zaman adalah isu hantaran.
Semalam netizen digemparkan dengan status seorang pengguna Whatsapp yang meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap nilai hantaran yang diberikan kekasihnya.
Dia dikatakan memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan kerana tidak berpuas hati atas nilai hantaran yang ditawarkan.
|