Kredit Foto: The Source
Menurut sumber RadarOnline, penyanyi Usher yang terkenal dengan lagu 'Burn' terpaksa menjual rumahnya akibat perbelanjaan tinggi membayar saman dan peguam kerana terpalit beberapa skandal memalukan.
Dua wanita dan seorang lelaki telah menyaman Usher kerana menjangkiti mereka dengan penyakit kelamin (STD) ketika berhubungan intim.
Kredit Foto: Rap-Up (Usher dan Quantasia)
Kedua-dua wanita itu, Quantasia Sharpton dan seorang lagi dinamakan sebagai 'Jane Doe' serta seorang lelaki dinamakan 'John Doe' telah menyaman Usher kerana menjangkiti mereka dengan herpes.
Lelaki terbabit mendakwa dia dan Usher melakukan hubungan intim ketika bertemu di sebuah spa di Koreatown, Los Angeles. Manakala, Quantasia mendakwa berhubungan dengan Usher ketika menghadiri konsertnya di Atlantic City. Sementara itu, wanita kedua pula mendakwa mengadakan hubungan dua kali dengan Usher.
Kredit Foto: GossipOnThis.com (Quantasia dan peguamnya)
Ketiga-tiga pihak yang menfailkan saman berjumlah ASD20 juta (RM80,440,000) pada Ogos, 2017 meminta mahkamah mengarahkan Usher membuat pemeriksaan kesihatan.
Kredit Foto: People
Sudah jatuh, ditimpa tangga. Susulan daripada pendedahan skandal memalukan ini, isterinya yang juga pengurusnya, Grace Miguel telah menuntut cerai.
Grace dilaporkan, menuntut wang sebanyak USD180 juta (RM723,960,000) sebagai harta sepencarian. Sebelum ini, Usher pernah berkawin dengan Tameka Foster, tetapi bercerai pada 2010.
Kredit Foto: Hollywood Reporter
Terbeban dengan saman demi saman, Usher dikatakan terpaksa menjual beberapa buah rumah mewahnya. Mungkin selepas ini, penyanyi terkenal itu perlu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu yang bodoh. - CARI |