Kebanyakan orang terutamanya wanita sekarang lebih gemar membeli belah secara dalam talian. Terdapat pelbagai platform membeli belah seperti Shopee, Lazada dan pelbagai lagi. Semuanya mudah dan hanya di hujung jari.
Namun begitu, kewujudan scammer seperti cendawan selepas hujan juga agak membimbangkan. Pembeli haruslah bijak sebelum bersetuju untuk membeli seperti membaca info barang yang dijual dengan teliti.
Jom kita ikuti perkongsian pengguna facebook Anissa Alyssa Full mengenai pengalaman dia membeli di Lazada. Kelakar pun ada! Tak pasti nak marah ke nak gelak.
Teruja bila posmen dah sampai depan rumah nak hantar barang yang ditunggu, sekali buka bungkusan, alamak!
Sabar sahajalah...
Nasib baik pembeli sporting je. Moralnya, sebelum membeli barang online,wajib baca detail barang yang dibeli seperti ukuran barang dan sebagainya.
Kalau tak, jadi macam kes saudari di atas ni! -CARI |