Baru-baru ini usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida telah melancarkan Skim Crypto Club dan Lavida Coin di Menara Felda, Kuala Lumpur. Walaupun ada desas desus mengatakan skim ini bermasalah dan tidak ada kebenaran daripada pihak berkuasa, namun DS Vida dan rakan niaganya tetap meneruskan majlis dan memulakan penjualan Lavida Coin kepada umum.
Kredit Foto: Malaysia Updates News Portal
Malahan, salah seorang daripada rakan niaganya Dato Ferd memuatkan kenyataan kononnya pegawai Bank Negara Malaysia BNM ada menghadiri majlis pelancaran tersebut seakan mendakwa mereka memberikan kebenaran. Bagaimanapun BNM telah menafikan penglibatan mereka.
Kredit Foto: Instagram
Kredit Foto: Facebook Skim Ponzi Alert
Kelmarin (29 Ogos), BNM telah mengemaskini senarai Skim Haram di laman sesawang mereka (BNM) dan Skim milik DS Vida tersebut telah disenaraikan haram.
Kredit Foto: Bank Negara Malaysia
DS Vida belum memberi sebarang komen terhadap perkembangan ini.
Pelabur dinasihatkan mendapatkan nasihat kepada BNM Telelink sebelum menyertai Skim yang meragukan. - CARI |