Tak habis-habis dengan penyebaran gambar bogel. Siapa punya kerja pun tak tahulah.
Syafiq Kyle, anak Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy dan pelakon baharu Ikmal Amry dah menjadi mangsa sebelum ini.
Kali ini kecoh di Twitter apabila sebuah akaun mendakwa Jaa Suzuran bakal menjadi manga seterusnya.
Kredit foto: mStar Online
Namun mengulas mengenainya, Jaa berkata yang dia langsung tidak takut dengan ugutan tersebut kerana dia yakin tidak pernah melakukan perkara tersebut.
"Saya tak takut pun sebab memang tak pernah hantar gambar bogel atau gambar tidak senonoh pada sesiapa.
"Malah, saya tak pernah simpan atau ambil gambar seperti itu. Jadi, buat apa saya nak takut," katanya kepada mStar Online.
Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, sebaliknya tidak sabar untuk melihat gambar bogel yang didakwa sebagai dirinya itu.
Dia yakin gambar tersebut pasti sudah disunting terlebih dahulu atau ada pihak yang telah meletakkan kamera di dalam bilik mandinya.
"Saya lagi rasa tak sabar nak tengok gambar yang dikatakan diri saya itu. Nak tengok macam mana mereka sunting gambar tersebut.
"Sama ada mereka sunting atau memang ada orang letak kamera di dalam bilik mandi saya.
"Mungkin juga ada pihak yang mencuba menjatuhkan saya dengan cara seperti ini." -CARI
|