CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119359|Reply: 236

Menantu dari Neraka..

[Copy link]
Post time 5-9-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku kembaliiii....

Okey saje je buka baru ni sbb yg lama mcm dah kepam masam jadi kita hai2 kat tempat baru..utk bbrapa bln hilg sekejap dapat la modal, kes ni dh lama tahu cuma xnk sibuk hal org tapi forum punye pasal aku menyebok habis2..ini cerita tentang sepupu aku shaz, kitaorg bkn kamcing sgt tapi family dia bestfriend family aku..aku korek cerita ni n olah jadi cerita..

Mukadimah sikit tentang shaz, shahzan diberi nama, bdknya ada la rupa sikit kuat main gym happy,romantik, kelakar babas thp ketawa sambil menagis, keje bagus, pandai tapi pemalas gila, xmuda sgt dh la...dannnnn yg paling penting tentulah aku lebih hensem dari dia..dia ni mcm aku la duda tapi dia 2x..ini aku xleh lawan la dan kedua2 ex shaz ni bkn melayu, yg first org putih, dia kawin masa dia belajar kt german, MARA kena siasat sikit student kerajaan sponser kawin omputih, yg kedua awek thailand, aku pelik pesal pilih Thailand, org kita ramai yg jelita2 dan manja,tapi masih ramai melayu kita terpesona dgn awek Thailand ni, bisnes baru aku nk bukak class utk jadikn awek melayu kita persis awek thai la cmni.. yg first aku pernah jumpa sekali je tak lama cerai, mmbygkn org putih semua cun itu xbenar,ada je yg xcun sgt, persis2 mls mandi, habis belajar xsampai setahun ex dia ikut duduk semanjung terus pisah, sbb minah tu nk balik german xngam duduk malaysia yg tak best dan pns ni, bkn aku kata minah ni kata..gempak x?????  Haaa tepukkkk!!!!!..

Thailand ni aku xrapat pun sgt tapi orgnya mmg cun gila jenis dtg dari kayangan kot, kaki pnjg muka jnis satu parut pun xde, kulit putih gebu gabas, gigi chntekk owhhh very beryyyyy beautiful!!! Jgn tanya knl kat mana sebab shaz ni mmg playboy kucing pakai songkok punya olang..masa dia kawin dulu jgn kata tua ,muda, atok2, pak lebai pun dok perhatikn  je bini dia termasuk la aku, kejap2 aku jeling jeling..dan selalu gk mak aku membawang psl dia, kata mak cik aku wife si Shaz ni masih amalkn budaya dia nak2 dia mmg seorg yg betol2 patuh pd ajaran sblm kawin dgn shaz..tak tau termakan pujuk rayu tahap dewa2 bole kawin pulak..

Sebagai contoh, tiap pagi dia akan letak 2 cawan air dlm 1 dulang kecil, satu air manis dan satu air putih or air jarang di dlm bilik tertutup, nanti ptg2 dia akn salin air tu dan esoknya dia akn repeat lagi,kt luar pintu dia akan letak sebiji epal dgn segelas air, mak cik aku memula xkisah la sbb xmistik kn takat letak air je pun..rumah shaz ni jenis rumah dua tingkat, bawah 1 bilik, tingkat atas 3 bilik, bilik bawah tu selalu berkunci dia kata bilik tu untuk simpan brg, satu hari ni mak cik aku dtg dan kebetulan ada kucing berak dkt kaki lima blkg umh, sbb dah tak thn bau busuk yg thp puaka, mak cik aku mintak kunci pintu blkg nk cuci la kononnya, tapi menantu mak cik aku ni xbg dia kata xpe nanti dia buat ,tapi dia xbuat pun, pintu belakang tu dekat dgn dapur jadi mak cik aku xboleh tahan so ada sikit bertekakla kan, sebab xpuas hati makcik aku panggil shaz dan suruh Shaz bukak pintu blkg, si shaz ni mrh wife dia dan minta kunci..terketar2 la wife si  shaz dan bg kunci mcm bgi nyawa..

Bila diorg pg blkg algkah terkezutnya bila tgok rupanya si wife shaz ni tak berubah, ada patung kecil2 yg dijamu air sirap,air teh, susu, lilin,kfc pun ada, gigih sungguh laaa haaa..mak cik aku terus mengamuk la, shaz pun marah jgk la kenapa dia buat mcm tu kira jatuh la jgk air muka Shaz ni mcm xreti bela bini pulak..tapi reti ke shaz bela bini mcm jntan xberguna je aku tgok haha..menagis la wife shaz nak2 mak cik aku mengapikan anaknya yg konon atau tak konon menantu dia tu dh kafir siap bagitau sedara mara lain yg mak cik aku jumpa..benda ni berlanjutan sampai wife shaz xnak keluar pergi mana2 majlis sebab malu..

Mandgkan shaz pun busy manjang, mak cik aku pulak mcm suka nk spy sebab dah rasa xsedap dgn menantu dia, buat mak cik aku dtg dgn kerap, tiap minggu la dtg. rumah mak cik aku xjauh sgt kalau drive dlm sejam dh bole sampai dah la, anak2 dh besar kira dh bebas la mak cik aku nk kemana dia suka, pak cik aku xambil port sgt sbb shaz ni bkn bdk lagi dh besar panjang..jadi disbbkan mak mak cik aku ni suka sgt menyibuk xtentu hala menantu dia mula xsenang dan mintak mak dia dri thailand dtg, jadi bertembung la dua besan ni..mak mertua shaz bole cakap melayu sebab dia tinggal dekat sempadan malaysia je dan jenis org meniaga..

Tiap tahun dlm bln 4 ada keramaian mcm raya kitalah kt thailand ni diorg panggil keramaian songkran, aku tak tau eja cmne tapi itulah bunyinya, diorg akan pgi ke temple utk berdoa dan adala amalan2 budaya diorg ni, shaz xbagi wife dia balik tapi sebab mmg jenis degil dia balik jgk dgn mak dia lebih kurg sebulan..so dlm tempoh sebulan tu kurg la mak cik aku nk dtg melawat kawasan..sampai la satu hari..mak cik aku dtg nk kemas rumah sbb shaz ni bangsa pemalas, apa kerja rumah pun xpernah buat, buat anak je pandai yg lain2 jgn harap, kalau dia mkn atas katil tgok tv letak jr pinggan bawah katil, kalau dia minum air dia letak je dlm singki sampai habis cawan kt dapo, kalau dia bukak baju campak je kat lantai, masak megi cup tinggal je smpai ada 10 atas meja..aku klu jadi bini shaz ni aku xtau la silap aribln aku kemas kain baju berambus terus ibarat kawin dgn org cacat..so emak si shaz yg sayang anak ni dtg la kemas2 brg anak dia basuh baju kemas dapo segala bagai sambil2 tu bising jgk la sbb menantu dia pun bkn la rajin sgt sama cacat la senang kata..masa tgh kemas tu terbukak tandas belah bawah, terkejut la mak cik aku sbb  dah mcm rumah shrek dah penuh dgn lumut, nak mop mop tak ada, mak cik aku teringat bilik yg dijadikan stor dgn harapan mop ada la kt situ, tapi bilik kunci..cari kunci tak ada, jadi mak cik cuba cungkil2 dgn card tesko eh berjaya la bukak..mmg tersuprise habisss..

Bilik tu mmg la jadi stor tapi dlm tu menantu dia jadikan tempat sembahyang dia, siap ada colok, patung duduk besar segala, bilik tu pun ditutup dgn kain kemain berbau lagi xyah ckp..yg lebih hairan dlm bilik tu ada botol2 kecil yg dlmnya ada rambut dan kuku, mak cik aku ambil dan simpan, sebagai bukti kecurangan kepada agama mak cik aku ambil gambar dlm bilik tu dan kunci balik..hati seorg ibu kan..mula merisau jugak lah ada benda yg xkena..nk ckp kt anak takkan la org tu nk cerai tentula dia syg bini dia yg cantik sgt tuuu, jadi dia nasihat la shaz ni supaya hntr wife dia ke kelas agama dan mak cik aku berniat baik la nk membantu..bila wife shaz dh balik berunding la 6 mata dgn harapan wife dia akan ikut la ckp mak cik aku ni, shaz pun angguk2 la suruh wife dia setuju jugak rupanya wife dia tak senang duduk dan naik benci terus.. bermula la episod demi episod mak cik aku satu family ni diganggu supaya jauhkan diri dia dan shaz..

First sekali mak cik aku dtg hantar makan, mak cik aku mmg dpt kunci pendua shaz bagi sbb sng mak cik aku nak keluar masuk, masuk2 je terus pergi dapo letak makanan, kebetulan mak cik aku terlupa nk bagi salam, xlama wife shaz turun pakai singlet dan seluar pendek, masa dia turun tangga mak cik aku perasan kt bahu, bawah leher ada tatu tulisan siam berbentuk tiga segi, dulu tak nampak pun tatu tu, mungkin jugak dia baru buat, bila ternampak mak cik aku dia senyum dan ckp dgn bahasa melayu " mak ada apa dtg?" Mak cik aku jawab dtg hantar makan nk melawat anak menantu, dia pergi kt mak cik aku dan ckp sebaris ayat " mak jgn dtg lgi, ini rumah aku bukan rumah mak, boleh faham x?" Dia terus naik atas dan tutup pintu..mak cik aku punya la geram yg teramat sgt sampai mengeletar2 badan..mak cik aku balik dan bagitau pada adik beradik shaz yg lain tentang hal tu, so mak cik aku hantar voice watsap pada shaz berserta gambar bilik bawah yg mak cik aku ambil, nk tau shaz balas apa? Dia balas sepotong ayat thailand..penong penong kab kab la kot kan..so mak cik aku dgn gigih cari kedai makan siam dan minta org tu tolg translate,  nak tau apa maksud? Bkn shaz yg bls menantu dia tolg bls yg berbunyi begini " perempuan celaka ko bole pergi mati" ...perghh terbkr terus mak cik aku satu pertembungan hebat..

Mak cik aku call shaz tanya dan hntr voice rekod yg wife dia reply, dgn hrpn shaz akn buat something..shaz hanya ckp " adoi mak jgn la gaduh2 dgn dia, lantakkan je la dia makkk"  

okey bersambung ye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 09:49 AM | Show all posts
laa...baru 10 minit bukak thread ke..adoii la jenuh nak tunggu smbgan nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 10:01 AM | Show all posts
jenuh nk tunggu update
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Follow..interesting plak gaduh mil dgn menantu ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Shaz tu kene pukau ke hape tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rafiz28 at 5-9-2018 10:40 AM

Okey aku smbung balik cerita..

Bila dh keadaan mcm ni..pak cik aku nasihatkan lah mak cik aku supaya tak payah ambil port sgtlah dgn shaz dan wife dia nanti berpecah belah pulak keluarga org tak baik..tapi hati mak cik aku opkosla sakit nak2 shaz ni kira anak yg disygi gitoo..bln puasa tak sekali pun shaz balik rumah berbuka dgn mak ayah, adik bradik call pun tak berangkat..sampai dh dekat nak raya baru shaz balik itu pun balik sorg bagitau raya kali ni dia nak pergi bercuti lepas raya baru dia balik..sedih la mak cik aku..aku xtau la dia sedih ke tak tapi mestila sedih xkan anak xbalik raya buat kenduri kesyukurankan...

Sebab geram dan curiga tak hengat..Mak cik aku berkomplot nak masuk rumah syaz curi2..tapi diorg yg dicomolot rupanya shaz ada je kt rumah tak kemana2 sebab nampak mcm ada org, kereta pun ada dan lampu rumah dibuka..bila diorg call xdijawab mmg bikin panas la shaz ni..so mak cik aku dan sorg lgi adik shaz dtg lagi dihari lain nak bedah siasat, sebelum pergi tu mak cik aku dah standby kan diri baca2 sikit..beri salam dua tiga kali tak berjawab. Nampak langsir bilik atas diselak cuma tak pasti siapa, gegar2 pagar senyap..pagar dimangga dari luar, mangga ditukar, dulu mak cik aku bole bukak skrg dah xbole..

mak cik aku suruh adik shaz panjat dan bukak pintu, kereta xada tapi mcm ada org dirumah..adik shaz baru nk buka pintu, tetibe pintu mcm ada org tarik2 pulak mcm acah2 nk bukak, so dia tunggu sekejap mungkin org nk bukak dari dlm, tapi nak harom tak dibukaknya,  beri slm lagi dan cuba jengah dibalik langsir tapi tak nampak apa2 sebab langsir tu tebal, ikut kajian mata xboleh terjojol tembus dibalik kain..situasi tu bikin berderau darah katanya..mak cik aku pulak dh jerit2 " ady cepat la bukak pintu ko tunggu apa tu???"  Sebab fikir dia anak jantan ady lagi sekali bukak pintu dan cuba tolak, tapi tolakkan edy dibls dgn tolakkan dari dlm, lagi kuat ady tolak lagi kuat tolakkan dari blkg pintu..sebab dh geram sgt ady bukak kasut dan cuba tolak lgi sekuat hati sambil baca apa yg patut, dia  masukkan tgn dan pukul benda dibelakang pintu..masa tu dah xfikir apa, kalau pukul org pun lantakla..yg aneh terasa mcm pukul something, tapi mcm bukan pukul benda pejal, mcm pukul kain..xboleh jadi nih..yg mak cik aku pulak " pesal edy???  azan kt pintu azan" baru ady nak azan pintu terbuka sikit, ady tolak pintu tu belum tolak habis ady mcm kena letrik dan terus panjat pagar balik tarik mak cik aku masuk dalam kereta dan pecut...

Mak cik aku bising tanya kenapa kenapa kenapa ni kenapa ni??..ady mcm xbole nk cakap lepas bawak bertenang dan singgah melepak pekena teh tarik kaw dgn roti canai dua tiga keping baru mcm ada kudrat nak bercerita..masa dia berjaya tolak pintu tu dia nampak ada perempuan berlari kebelakang umah..mak cik aku smpuk.." haaaa si nick la tu!! Biadap kn dia xbagi kita masuk "  Nick tu nama panggilan manja wife si shaz ni..si ady smbung lagi " bkn nick mak..sebab dia jalan kaki xada!!!" Terkejut beruk minum todi terus mak cik aku..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2018 10:40 AM | Show all posts
weyh knp kena sambung da elok2 aku baca sambung pulekkkkk mencikk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
gummygummy replied at 5-9-2018 10:40 AM
weyh knp kena sambung da elok2 aku baca sambung pulekkkkk mencikk

Sabo laaa..aku kalu gelandagan byk sikit masa aku, kalau kerja masa ciput nau..bagi aku taip panjang2 sikit ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 10:45 AM | Show all posts
rafiz28 replied at 5-9-2018 10:44 AM
Sabo laaa..aku kalu gelandagan byk sikit masa aku, kalau kerja masa ciput nau..bagi aku taip panja ...

i tunggu TT i tunggguuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 10:47 AM | Show all posts
tertunggu-tunggu citer ko ni..
nanti sambung
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 11:30 AM | Show all posts
ko sambung cepat sikit TT. Aku dah bookmark thread ko neh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 11:43 AM | Show all posts
tak sabar tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Best...pestaim rasa komen kat mps ni walau dah lama join cari. Dari nickname lama sampai dah lipa password wat nick baru. Best tt
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:02 PM | Show all posts
..bersabar tunggu sambungan citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:24 PM | Show all posts
mohon sambung
besh gileerrrr xsabarrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hantar cerita ni mlm tadi, tapi termasuk salah tempat masalah peribadi ke apa, dah aku kena kecam, mak cik aku kena kecam,anak mak cik aku dikecam..perghhh byk sungguh kecaman..

Okey sambung lagi..

Bila dh keadaan mcm ni mak cik aku pergi pejabat shaz jumpa dia kat sana..bole gila k seorg emak bila anak xcall bila di call segala pun xberangkat..mak cik aku pergi office shaz dgn pak cik aku..tak de la serang pun..so mak cik aku pun bedah siasat lgi bbrapa soalan..

Mak cik : ko ni pergi mana mak call xangkat semua org cari ko xberbalas ko dh pesal ni???

Shaz : haa org cari?? Kenapa org cari??

Mak cik : cari ko la habis ko dh brapa bln xbalik? Xingt mak bpk?? Call xjawab knp??

Shaz : nak balik buat apa?? Kan mak salu dtg tido kat rumah, bkn ke???

Mak cik : ko dh gila ke??? Bila pulak dh lama ni mak xjumpa ko ni..balik kerja ni ikut mak balik rumah..

Shaz : eh xbole la mcm tu nanti nick marah..dia kena ikut la sekali..

Mak cik : tak yah la bawak dia..xpun kita balik rumah ko sama2 amek nick pergi rumah mak sekali..

Shaz : okey mcm tu..

Mak cik : mak tunggu ko luar office ni lepas habis kerja, jgn xjadi pulak mak serious..

So mak cik aku balik rumah solat segala dan suruh pak cik aku hantar mak cik aku kt pejabat shaz, mak cik aku tunggu depan pintu pejabat depan lift lagi, tgh dok tunggu tiba2 nick sampai..mak cik aku punya la berhantu dasht mcm nk kena sakit jantung tgok nick dgn seksi gila sampai nk nampak seluar pende, tgok mak cik aku senyum dan buat jari terlunjuk isyarat no no dan ckp.." dia akan ikut aku mak..stop dreaming" dia masuk office shaz dan tak lama shaz keluar dgn nick..

Mak cik aku pun apa lagi terus tarik shaz ajak balik, tapi shaz menolak dia kata xboleh ikut mak balik dia kena ikut nick nanti nick sedih, mak cik aku sampai menagis menagis bkn sebab sedih sebab marah dan kecewa, adakah kecewa itu termasuk dlm katogeri sedih?? Mak cik aku pertahankan jugak pendirian dia utk shaz ikut, episode tarik tarik bermula sampai mak cik aku tolak nick terjatuh. Budak2 office shaz tiga empat org berdiri di pintu kaca menonton drama live, nick dah malu cpt2 bangun berpaut pada shaz yg dh jadi lembu dan ckp pada mak cik aku " nak tunggu aku senyapkan kau ke org tua?" Shaz hanya ckp " xboleh mak aku kena balik dgn nick" mak cik aku jgn ckp la bermandi hujan air mata, mak cik aku ni org moden, pencen pegawai dlm kerajaan,  bkn org kampung yg selalu dilakonkan oleh elly suriati..mekap2 biasa nasib baik dia xpakai maskara kalau tak berjurai air mata lodeh..

Mak cik aku balik rumah call mak aku tanya tempat nk berubat jarak jauh segala bagai, mak aku kebetulan ada di jb terus nak berangkat ke rumah pak cik aku mlm tu..dan satu kejadian belaku..mlm yg sama tayar kereta abah aku di cucuk paku..jadi mak aku xjadi pergi, adik bradik shaz yg duduk dekat berjaya turun dan diorg meeting utk pergi jumpa ustaz yg merupakan kenalan pada adik shaz ni, tapi malam tu semua org tido membongkang yg langsung xcelik mata dan temu janji tu terbatal begitu saja..

Dua tiga kali nak pergi xberjaya2, ustaz tu pun ada saja halnya..sampai satu hari yg dipanggil lucky day, ustaz tu refer masalah ni pada seorg lagi kawan dia yg merupakan seorg rakyat indonesia, jadi perubatan bermula dgn proses bagi nama segala bagai lah, skrg dah moden xpayah nk call guna telefon rumah dh, gambar tak yah sesusah nk tunjuk by hand, line,whatsap,telegram mcm2 bole guna..ustaz tu tgok gambar shaz dan nick pada yg sama perbualan antara ustaz dan mak cik aku disampuk suara perempuan thailand yg keras dan maki2, tapi xpaham apa benda dia ckp..ustaz tu tahu perbualan tu diganggu sbb ustaz tu pun dgr benda yg sama..haa ko tgok moden ke tak hantu skrg boleh masuk dlm tepon??? ..era 2030 kita pun boleh tido dan duduk dlm telefon menandakan kita lebih maju dri diorg..jadi ustaz tu hantar msg minta alamat dan akan jumpa mak cik aku dlm masa terdekat..perjumpaan ni paling2 susah..kata mak aku yg mengikuti perkembagan sinetron ni.."mak rasa pelik betol lah, nak jumpa org berubat kemain susah, kalau manusia nk buat maksiat pejam mata pun bole jadi"..

Mcm2 halangan terjadi, last ustaz tu mencadangkan utk berjumpa di dlm masjid..dtg solat bersama2 dan jumpa selepas itu..dan alhamdulillah perjumpaan itu berjaya..kata ustaz tu satu keluarga mak cik aku ni dh dikawal oleh sekumpulan jin kafir, shaz dah dikunci hatinya terus kalau di ambil secara paksa dia boleh jadi gila dan perempuan ni bkn sebarang, dia islam atas kertas, mak dia sendiri pun turun naik ambil ilmu utk perniagaan dan bkn senang utk berubat ni..nak2 si shaz sendiri pun dah dikunci mcm tu..mak cik aku tanya pasal shaz bgitau yg mak cik aku selalu dtg tidur kt rumah ..ustaz tu bagitau tu semua kerja benda ni sbb nak shaz tak kisah lagi pasal keluarga..kena buat secara beransur2 dan yg paling penting kena tarik shaz keluar dri rumah guna apa2 saja caralah utk bgi dia pisah dgn isteri dia ni..

Mak cik aku mmg sedih sgt la sampai kurus, xlalu mkn sedih mengenangkan anak dia ni jadi mcm tu..bpk aku plak salu la bising jgk kt aku " xyah la cari bini cantik2 , nanti byk pakai duit, perangai elok xpe, cari yg manja dah la..ko tgok kucing hodoh pun org syg pasal apa? Mengelitis dia kemain "...

Okey buat kije sat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 01:39 PM | Show all posts
rafiz28 replied at 5-9-2018 01:30 PM
Aku hantar cerita ni mlm tadi, tapi termasuk salah tempat masalah peribadi ke apa, dah aku kena keca ...

oh my...kuat betul penangan nick ni
tapi memang betullah..orang thai ni jangan main-main
sihir diorang kuat
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 02:03 PM | Show all posts
waduhhh.. mane sambungannye
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 02:05 PM | Show all posts
yay!finally ada cite baru utk difollow
keep it up tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.571499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list