Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya dan sanggup melihat insan kesayangannya menjadi bahan cacian dan kutukan. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri pun akan terasa juga. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan Datin Shahida apabila suaminya Dato' Aliff Syukri tidak putus-putus dikecam dan dicaci.
Dato Aliff dikecam teruk di media sosial disebabkan oleh video klip lagu Bobo Dimana nyanyian suaminya bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna. Malah isu tersebut turut menarik perhatian pendakwah bebas, PU Amin yang cuba menegur perbuatan Dato' Aliff tersebut.
Ekoran isu tersebut, cacian yang diterima oleh usahawan kosmetik itu semakin bertambah sehinggakan ahli keluarganya turut terpalit menjadi mangsa makian.
Foto : Instagram Datin Shahida
Kesal dengan sikap netizen, Datin Shahida semalam bertindak memuat naik status di akaun Instagram miliknya dengan meminta netizen untuk menghentikan cacian dan perbalahan di ruangan komen instagram milik suaminya dan juga PU Amin.
Agama tidak menganjurkan kita untuk berbalah..
Foto : Instagram Datin Shahida
Datin Shahida turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada PU Amin sekiranya perbuatan suaminya ada menyinggung perasaan PU Amin dan juga orang-orang lain. Tambahnya lagi, suaminya sebenarnya seorang yang baik.
Foto : Instagram Datin Shahida
Percayalah suami saya seorang yang baik..
Foto : Instagram Datin Shahida
Datin Shahida juga meminta semua untuk terus menegur dengan cara yang baik dan mendoakan kebaikan dan bukanlah menghina.
Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap Datin Shahida dan menyatakan betapa bertuahnya Dato' Aliff Syukri untuk memiliki seorang isteri yang baik pekerti seperti itu.
Foto: Instagram Datin Shahida
Kasihan Datin Shahida, mesti tertekan apabila membaca semua kecaman dan kutukan yang bukan hanya melibatkan suaminya, tetapi keseluruhan ahli keluarga mereka. Bersabarlah ye, Datin. -CARI |