Kimberly Thompson, bekas pemain drum penyanyi terkenal Beyonce telah menfailkan satu perintah mahkamah untuk menghalang penyanyi itu daripada mendekatinya. Kimberly menuduh Beyonce mengamalkan ilmu hitam yang melampau terhadapnya.
Kredit Foto: ICONICHIPSTER.COM
Memetik laporan The Blast, Kimberly telah cuba menfailkan perintah itu di Mahkamah Los Angeles pada 19 September lepas tetapi ditolak. Masih tidak berpuas hati, Kimberly menfailkan satu lagi perintah baru menghalang Beyonce mendekatinya. Keputusan mahkamah untuk permohonan baru ini hanya akan didengar pada 10 Oktober nanti.
Kredit Foto: Empressive
Menurut dokumen tersebut, Kimberly mendakwa Beyonce menggunakan magik untuk mengawal kewangannya dan telah membunuh seekor binatang peliharaan kesayangannya. Beliau turut menuduh Beyonce memasang peranti rahsia untuk mendengar perbualan telefonnya. Kimberly juga mengatakan Beyonce telah mencuri hakcipta muzik dan hard drive komputernya.
Kredit Foto: Consequence of Sound
Selain pernah bekerja dengan Beyonce, Kimberly juga pernah bekerja dengan Band 8G dan menjadi salah seorang pemuzik dalam Late Night With Seth Meyers. Kimberly mempunyai syarikat rakaman sendiri bernama KTMUSIC Productions.
Kredit Foto: PageSix
Kimberly bagaimanapun tidak menerangkan kenapa Beyonce menjadikannya sebagai sasaran untuk ilmu hitam. Pihak Beyonce yang dihubungi oleh laman web Pitrchfork belum membuat sebarang kenyataan berhubung tuduhan Kimberly ini. -CARI |