Jika anda ke Utara dan sudah ke Avatar Secret Garden menikmati lampu malam ala-ala dunia avatar, apa kata kali ini anda berkunjung pula ke Taman ala Fairytale (atau dikenali sebagai Taman MBI DesaKu, Kulim)?
Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 45-50 minit dari Avatar Secret Garden, Pulau Pinang ini menjanjikan satu perjalanan yang berbaloi untuk anda. Tambahan pula bagi anda yang sudah berkeluarga, tempat ini akan memastikan anak-anak anda teruja melihat kartun-kartun dan superhero kegemaran mereka berdiri gah di sini.
Kredit Foto : Internet
Ianya pengalaman dari penulis sendiri, tempat ini menjanjikan sesuatu yang dapat meninggalkan detik-detik kenangan terindah kepada anda dan anak-anak. Penulis sendiri yang pernah berkunjung ke sini bersama anak buah turut berasa teruja, walaupun pada ketika itu pada jam 10 pagi tapi cuaca sudah mula panas.
Taman MBI DesaKu Kulim
Taman MBI Kulim terletak di Padang Meha, Kulim merupakan taman perumahan yang menjual rumah kepada pembeli dan bagi menarik pengunjung, pemaju telah membina taman unik ini sebagai daya tarikan dengan struktur reka bentuk yang menarik ala fairytale membuatkannya menjadi salah satu tempat kunjungan utama seisi keluarga dari sekitar utara dan tempat singgahan kepada mereka yang melalui jalan highway ke Baling, Kedah serta destinasi pelancongan pelancong dari luar Malaysia.
Kredit Foto : Internet
Bagi anda yang berkunjung ke sini, izinkan seketika anak anda bersama-sama dengan watak-watak kegemaran mereka dan mengkreatifkan diri dengan bergambar dalam pelbagai gaya bersama watak kesukaan mereka kerana kawasan ini sangat sesuai untuk anda bergambar, beriadah dan mengabadikan kenangan terindah bersama anak-anak dan orang tercinta.
Bukan itu sahaja, tempat ini juga mempunyai pemandangan pada waktu siang yang mana landskapnya dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Ia sebenarnya sebuah taman yang mengandungi tiga taman bertema yang berbeza iaitu taman Kaktus, Jepun dan Fairy Tale. Bagi penulis, untuk anda yang menginginkan ketenangan dan ingin menikmati waktu riadah bersama keluarga di waktu petang, di sinilah destinasi pilihan yana paling tepat.
Pada hari berikutnya pula, penulis dan keluarga sekali lagi berkunjung ke sini untuk menikmati waktu malam yang ditemani dengan lampu warna-warni menghiasi setiap pelusuk kawasan taman tema yang membuatkan taman tema ini kelihatan begitu ceria dan cantik.
Tak payah susah-susah ke ICity lagi, cukup berada di sini. Restoran dalam kawasan ini pun tak kurang indahnya. Setiap bangunan dihiasi lampu seperti berdaya Tokyo dan China pada waktu malam.
VIDEO TAMAN MBI DESAKU PADA WAKTU MALAM
P/S
:
ADA YANG SUDAH BERKUNJUNG KE SINI? JOM KONGSI PENGALAMAN ANDA. - CARI