Baru-baru ini gambar Mehlani, seorang kanak-kanak beruusia dua tahun dari Minnesota menjadi tular kerana memiliki sepasang mata yang besar, cantik dan menawan.
Kredit Foto: Buzzfeed News
Menurut penerangan ibunya, Kartina Martinez, Mehlani memiliki mata sedemikian kerana menghidap sindrom Axenfeld-Rieger, sejenis sindrom genetik yang mempengaruhi mata dan sangat jarang dialami pada zaman ini.
Kredit Foto: Twitter
Bercerita kepada Buzfeed News, Martinez berkata anaknya didapati mengidap sindrom itu sejak berusia seminggu.
Menurutnya, sindrom ini mempengaruhi kornea dan iris Mehlani, iaitu bahagian berwarna pada matanya kelihatan mengecil dan mempunyai bentuk ganjil.
Kredit foto: METRO
Terdapat lubang-lubang kecil pada irisnya menyebabkan kanak-kanak itu kelihatan mempunyai lebih daripada satu anak mata dan terletak bukan di bahagian tengah mata.
Menurut pakar perubatan, segelintir pengidap sindrom ini akan diserang penyakit glaucoma, yang mana tekanan dalam mata akan merosakkan saraf optik jika tidak dirawat.
Kredit Foto: Twitter
Walaupun Mehlani mengidap glaucoma, penglihatannya setakat ini masih berfungsi dengan baik. Ibunya, bagaimanapun mendapati kanak-kanak itu sensitif terhadap cahaya, jadi dia perlu dipakaikan cermin mata ketika keluar rumah.
Kredit Foto: Twitter
Kisah Mehlani yang menjadi tular mengundang banyak komen netizen. Walaupun banyak yang memuji kecantikan mata kanak-kanak ini, ada juga mulut-mulut yang mengeji.
Martinez berharap anaknya menyedari kecantikan matanya dan tidak mengendahkan kritikan itu apabila besar kelak.
Kredit Foto: Buzzfeed News
"Saya berharap anak saya tidak akan menjadi mangsa buli apabila memulakan zaman persekolahannya kelak," ujar Martinez. - CARI |