Eh, eh? Tanda merah apa tu di leher Kendall Jenner dan Anwar Hadid?
Hollywood Life melaporkan, sebuah gambar menunjukkan terdapat kesan gigitan merah di leher supermodel itu selepas berparti bersama adik kepada model Gigi dan Bella Hadid pada Rabu.
Dilaporkan, Kendall, 22, dan Anwar, 19, juga seorang model dilihat sangat intim pada parti selepas majlis Met Gala pada 7 Mei lalu.
Kredit foto: Hollywood Life
Dan sejak Kendal berpisah dengan pemain NBA Ben Simmons pada Ogos lalu, dia sering dilihat bersama Anwar. Malah, hubungan mereka dikatakan sangat intim.
Pada 20 September lalu, ketika pertunjukan Minggu Fesyen Paris berlangsung, leher Anwar juga 'dihiasi' dengan kesan merah yang besar. Adakah ia suatu kebetulan saja?
Orang ramai jadi tertanya-tanya mengenai status hubungan sebenar mereka ketika ini. Adakah mereka benar-benar sedang menjalin hubungan atau hanya sekadar suka-suka saja?
Menurut sumber yang memberitahu Hollywood Life, Bella menyokong hubungan antara Kendall dan adiknya itu. Malah, dia akan berasa sangat teruja jika mereka menjadi sepasang kekasih.
Kredit foto: E! News
Macam mana? Rasanya, mungkin tak Kendall jadi adik ipar Gigi dan Bella? - CARI |