Pentas Gegar Vaganza 5 baru sahaja bermula semalam. Dengan barisan 12 finalis yang berada di kelas tersendiri, sudah tentu program hebat GV5 akan menjanjikan sesuatu yang menarik kepada penonton tanah air.
Namun, sudah pasti ada yang berasa pelik dengan ketiadaan juara Gegarvaganza musim ke-4, Aishah pada malam itu. Sebagai juara pada musim lepas, sudah tentu beliau juga akan mengadakan persembahan pada malam pembukaan GV5. Sebaliknya, persembahan pembukaan dikendalikan oleh Liza Hanim (naib juara GV4) dan Siti Sarah (naib juara GV3).
Terbaharu, Aishah memuat naik gambar di laman sosial instagramnya (@aishahjmm). Dengan berlatarkan gambar matahari terbenam, sudah pasti peminat juga tertanya, mengapakah beliau tidak membuat persembahan dalam program itu?
Ini adalah jawapan kenapa Aishah tidak hadir dan membuat persembahan pada malam pembukaan konsert Gegar Vaganza musim ke-5.
Sumber twitter: @JefriiMY
Mungkin kontroversi di antara Aishah dan Dato Seri Vida yang merupakan mantan penaja GV musim-musim sebelum ini, menyebabkan Aishah digugurkan ASTRO daripada menyertai program di stesen mereka?
Tidak mengapalah duhai Aishah, mungkin tiada rezeki Aishah dengan stesen ASTRO. Mana tahu rezeki beliau di tempat lain selepas ini? Semoga Aishah terus maju jaya dan kembali memeriahkan industri seni tanah air! - CARI |