Memetik laporan Oddity, seorang wanita bertindak menggigit lidah suaminya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan dirawat kerana mengalami pendarahan yang banyak.
Kredit foto: m.dailyhunt.in
Kejadian rumahtangga yang berlaku di New Delhi, India itu berpunca daripada si isteri yang dikatakan bengang dengan kehidupan bersuami isteri dan penampilan suaminya yang tidak menarik.
Ibu kepada si suami itu memberitahu media, anaknya yang bernama Karan sering bertengkar dengan isterinya walaupun mereka itu telah berkahwin selama dua tahun.
"Mereka asyik bergaduh sejak satu tahun yang lalu."
"Dia pernah memanggilnya anjing, menamparnya dan memukulnya dengan kasut."
Difahamkan, mangsa yang sudah bosan dengan pergaduhan cuba menenangkan isterinya dengan memberikan ciuman.
Isterinya kelihatan bersedia untuk dicium, tetapi kemudian tiba-tiba menggigit lidah suaminya itu dan menyebabkan sebahagian daripadanya terkoyak.
Kini mangsa masih di bawah pemerhatian perubatan di Hospital Safdarjung dan menjalani pembedahan rekonstruktif untuk membolehkannya bercakap semula.
Manakala isterinya masih berada dalam tahanan polis dan dituduh menyebabkan kecederaan yang teruk dengan cara atau senjata berbahaya.- CARI
Kejadian rumahtangga yang berlaku di New Delhi, India itu berpunca daripada si isteri yang dikatakan bengang dengan kehidupan bersuami isteri dan penampilan suaminya yang tidak menarik.
Dengar tu wahai suami. Penampilan selekeh di mata isteri anda adalah hazardous.
Post time 1-10-2018 01:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ganas sheols. kesian suaminya kekeke lain kali jaga sikit penampilan tu. husband iols ckp kalau g kedai gunting rambut anne mesti ada gambar shamsul ghau2
Post time 1-10-2018 02:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Amboi kat malaysia ni aman2 je laki selekeh tapi bini harum mewangi.
Sbb laki selekeh petanda laki tu family man, utamakan family dulu baru diri sendiri hihi