Tahukah anda Malaysia juga mempunyai tempat penginapan yang unik ? Kebanyakan tempat penginapan ini biasanya diinpirasikan dari alam semula jadi dan juga kreativiti. Jika masih ada yang ragu-ragu dan tidak tahu akan kewujudan tempat unik ini, mari kita lihat antara tempat penginapan unik dan wujud do Malaysia. Antaranya:
1. SEKEPING SERENDAH RETREAT, Serendah Kuala Lumpur
Jika anda mahu suasana yang lain, cuba bermalam di Sekeping Serendah. Anda akan tidur di dalam bilik yang dibina dari container di tengah-tengah hutan. Dindingnya adalah tingkap kaca yang boleh dibuka dan ditutup. Lokasi yang sesuai untuk bercuti dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Mereka juga menyediakan kolam renang dan juga tempat untuk BBQ. Di sini juga sesuai untuk anda yang mencari ketenangan dari kesibukan kota kerana anda hanya dikekelingi tumbuhan penuh kehijaun
2. BELUM RAINFOREST RESORT, Tasik Banding, Gerik Perak
Begitu juga dengan Belum Rainforest Resort boleh menjadi pilihan yang sempurna apabila anda ingin melarikan diri dari kepadatan bandar. Salah satu bilik di sini menyediakan kolam renang di tengah-tengah hutan. Bila anda di sini, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti berkayak,berakit, memancing atau menaiki boat mengelilingi tasik atau menginap di houseboat kerana kawasan ini dikelilingi Tasik Royal Belum yang sangat luas.
Website : https://www.belumrainforestresort.com/
3. TERRA TREE HOUSE , Camerons Higlands , Pahang
Tree House terletak jauh ke rantau gunung Cameron Highland. Untuk memelihara tanah yang indah dengan penuh ketenangan ini, kawasan ini dibina menggunakan bahan semula jadi dan bukanlah mesin atau batu-bata. Tempat ini dibina kepada pengunjung yang ingin lebih dekat dengan alam semula jadi dan ianya dibina betul-betul menjadi rumah pokok dengan citarasa penuh kehijaun.
Website :http://www.cameronhighland.net/terra-tree-house.htm
4. TIME CAPSULE RETREAT , Sungai Lembing, Pahang
Time Capsule Retreat adalah sebuah hotel yang diperbuat daripada paip pembentung. Time Capsule Retreat mempunyai lapan paip pembetung konkrit yang dipanggil bilik kapsul dan setiap bilik kapsul disediakan katil bersaiz Queen, lampu , soket, penghawa dingin dan pemandangan yang amat indah. Ianya juga terdapat bilik parrallel yang mana mempunyai keunikan dan kreativitinya yang tersendiri. Tempat penginapan di sini sangat sesuai kepada anda yang ingin bermula madu atau bercuti bersama rakan-rakan tetapi menginginkan tempat yang lebih santai dan menyenangkan.
5. HOTEL PELANTAR MINYAK , Sabah
Seaventures Dive Resort yang terletak di kupulauan Sipadan ialah hotel pertama yang dibina di atas sebuah pelantar minyak yang diubah dan merupakan platform untuk peminat SCUBA. Hotel ini juga sesuai untuk anda yang ingin merasakan pengalaman menginap di hotel di dalam pelantar minyak yang berada di tengah lautan dan menikmati keindahan laut
Website : http://seaventuresdive.com
6. CAPSULE TRANSIT HOTEL, KLIA 2
Hotel ini terletak di Level 1 KLIA 2, pelanggan boleh memilih sama ada hendak menggunakan kapsul ini 3, 6 atau 12 jam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Terdapat kemudahan seperti bilik mandi bagi mereka yang mahu kembali segar. Capsule Transit Hotel ini memang berkonsepkan khas untuk anda yang ingin mengejar penerbangan , delay, atau sekadar mahu refresh diri sebelum meneruskan perjalanan.
Website : https://www.capsuletransit.com/
7. TIME CAPSULE HOTEL, Penang
Hotel seperti berada dalam kapal UFO ini, menyediakan kemudahan tempat tidur seperti cermin, plug , meja kecil dan SMART TV. Selain itu, terdapat satu ruang yang mana anda boleh selesaikan kerja dengan lebih selesa dalam suasana yang menyenangkan dengan kemudahan WIFI percuma disediakan. Bagi anda yang ingin merasakan kelainan di sinilah tempatnya.
Website : https://www.myboutiquehotel.com/en/boutique-hotels-george-town/time-capsule-hotel.html
8. HOTEL TUBOTEL , Langkawi, Kedah
Jika destinasi anda ketika melancong adalah Langkawi, tempat tinggal unik yang anda perlu tinggL adalah Tubotel. Bilik-bilik di sini adalah tiub berwarna-warni dan terus menghadap ke laut. Sesuai untuk penginapan anda bersama sahabat atau berbulan madu yang tidak mewah tetapi masih kekal romantis dan eksklusif.
Website : https://www.tubotel.com/
9. THE MONGOLIAN YART, Kundasang Sabah
The Yurt Mongolia yang terletak di Sabah, sangat sesuai untuk pelancong yang suka alam semula jadi. Tempat tinggal ini adalah tinggi, gunung dan pokok adalah pemandangan. Anda boleh memilih, tinggal di dalam bilik khemah atau pondok.
Website : http://mongolianyurt.mrsabah.com
Ada yang pernah menginap di antara penginapan yang dinyatakan di atas? Kongsikan pengalaman anda. -CARI |