Pelakon Chris Evans hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada watak Captain America yang sudah dipegangnya selama hampir sepuluh tahun.
Kredit Foto: Screent Rant
Chris mengumumkan keputusannya itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun twitternya. 'Hari ini secara rasmi tamatnya penggambaran filem Avengers 4, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kru dan peminat, saya sangat bersyukur atas sokongan semua' katanya.
Kredit Foto: Twitter
Pelakon itu pernah beberapa kali mengumumkan niatnya untuk melepaskan watak itu. 'Kamu perlu tinggalkan keretapi semasa masih diperlukan, jangan tunggu kamu ditolak jatuh' katanya dalam satu wawancara dengan The New York Times.
Kredit Foto: Paste Magazine
Chris, 37 , melakonkan watak favorite, Steve Rogers aka Captain America dalam Captain America: The First Avenger (2011), The Avengers (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014), Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), dan Avengers: Infinity War (2018). Watak beliau juga membuat kemunculan dalam beberapa filem Marvels lainnya.
Kredit Foto: Twitter
Kredit Foto: Twitter
Pengumuman Chris itu disambut dengan reaksi emosional oleh peminat-peminat Captain America. Pelakon-pelakon seperti Ryan Renolds dan The Rock turut mengucapkan tahniah kepada beliau.
Kredit Foto: Twitter
Chris mula memegang watak ikonik itu pada tahun 2010 walaupun banyak yang meragui penerimaan peminat kerana beliau pernah memegang watak Johnny Storm dalam beberapa filem Fantastic Four sekitar tahun 2005-2007. Pemilihan Chris pada ketika itu mengenepikan calon lain antaranya John Krasinski, Scott Porter, Garrett Hedlund, Patrick Flueger, Michael Cassidy, Wilson Bethel, Chace Crawford. Dan Mike Vogel.
Kredit Foto: Twitter
Berikutan persaraan Chris, spekulasi kini mula bertiup kencang mengenai pelakon yang bakal menggantikannya berikutan masih terdapat beberapa siri komik Marvel berkaitan watak itu yang belum difilemkan. - CARI |