CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5706|Reply: 17

9 Jambatan Haiwan Yang Menarik Dan Indah Di Seluruh Dunia. Laluan Ketam Pun Ada

[Copy link]
Post time 8-10-2018 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Wildlife overpasses, green bridges dan ecoducts, semua merujuk kepada struktur yang dibina sama ada di atas atau bawah jalan raya untuk membolehkan hidupan liar menyeberang jalan dengan selamat. Ia adalah salah satu cara dalam pemuliharaan habitat dan juga dapat mengurangkan risiko  pertembungan antara kenderaan dan haiwan, yang mana boleh membunuh atau mencederakan hidupan liar, atau boleh menyebabkan kecederaan kepada manusia dan kerosakan harta benda.


Kebanyakan struktur adalah di antara 10 m (30 kaki) dan 60 m (180 kaki) lebar. Biasanya, ia dilengkapi dengan tanah dan tumbuh-tumbuhan untuk menyediakan habitat yang sesuai untuk pelbagai spesies haiwan.


Menurut dari sumber, laluan hidupan liar yang pertama telah dibina di Perancis pada tahun 1950-an dan berikutnya  di negara Eropah termasuk Belanda, Switzerland, Jerman dan Perancis dan kini turut berada di beberapa negara yanga lain seperti di Amerika Syarikat yang mana laluan haiwan melintas sudah menjangkau lebih dari 30 tahun dengan beribu-ribu jambatan yang sudah dibina. [Sumber: Wikipedia & wistedsifter.com]


Berikut beberapa gambar laluan hidupan liar yang paling indah dan menarik di dunia.


Banff National Park, Alberta, Kanada



Struktur sebegini dibina untuk mengurangkan bilangan kemalangan kenderaan yang melibatkan haiwan dan untuk mengurangkan kematian hidupan liar.



The Netherlands




B38 Birkenau, Jerman




Flathead Indian Reservation, Montana, USA






E314 in Belgium




Interstate 78, Wachtung Reservation, New Jersey, USA





Near Keechelus Lake, Washington, USA




Karawatha, Queensland, Australia



Christmas Island National Park, Australia.




Laluan atas luar biasa yang disediakan untuk ketam merah meyeberangi jalan di Pulau Krismas. Tiba musim membiak, ketam merah dewasa akan berhijrah beramai-ramai dari hutan ke kawasan pantai. [Sumber : kongsakongsi.blogspot.com]  



Menarik betul. Kalau di Malaysia pula, kat mana laluan untuk haiwan yang anda tahu. Jom! share.   - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 12:26 PM | Show all posts
kat malaysia org panggil jambatan bunian
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mesia ada eco viaduct sungai yu, lipis
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:57 PM | Show all posts
Macam pernah nampak... port dickson ke mana ntah, tak ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 02:19 PM | Show all posts
memang biasanya bila buat highway kena ambil kira haiwan2 especially kalau merentas hutan. kat Malaysia, yang fox tau, LPT 2 tu pun ada part yang mana dia mengambil kira haiwan nya jalan lalu as well as banjir. ada calculation dorang buat
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 03:34 PM | Show all posts
zulka replied at 8-10-2018 12:26 PM
kat malaysia org panggil jambatan bunian

Hahahah..betul..setuju..bru nak reply benda yg sama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2018 03:58 PM | Show all posts
tau pula natang2 tu nak lintas nek jambatan..kiut pula ketam2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 04:10 PM | Show all posts
zulka replied at 8-10-2018 12:26 PM
kat malaysia org panggil jambatan bunian





Nah... @PortDickson
dicilok dari :Mr. Gugel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 04:14 PM | Show all posts
e.gurl replied at 8-10-2018 04:10 PM
Nah... @PortDickson
dicilok dari :Mr. Gugel

kan..siap ada bloq lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 04:23 PM | Show all posts
Comel jer haiwan pun ada jambatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2018 06:39 PM | Show all posts
e.gurl replied at 8-10-2018 04:10 PM
Nah... @PortDickson
dicilok dari :Mr. Gugel

hahahha. kalau nak pegi pd mesti lalu dekat jambatan bunia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2018 11:23 AM | Show all posts
Foxey replied at 8-10-2018 02:19 PM
memang biasanya bila buat highway kena ambil kira haiwan2 especially kalau merentas hutan. kat Malay ...

yup betul. kena ambik kira benda macam ni... penting sebenarnya untuk keselamata manusia & haiwan tu sendiri daripa pupus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
e.gurl replied at 8-10-2018 04:10 PM
Nah... @PortDickson
dicilok dari :Mr. Gugel

Jambatan tu hutan ke. Mati2 igt ada jln. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:43 PM | Show all posts
kat Malaysia jambatan bunian..selain PD ada juga beberapa jambatan bunian ku pernah jumpa.. ingat betul la untuk bunian, rupanya untuk binatang.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk biasa tp menarik
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
memang betul2 utk haiwan whhh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2020 11:21 AM | Show all posts
pandainya ketam2 tu jalan leklok seberang jambatan.. dorg kan kecik, mesti cam tgh lalu padang yg luas nak merentas tu. comellll
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pndai pulak binatang2 tu guna kmudahan yg dsediakn. kiutnya ketam2 tu. hihi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078073 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list