![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/08/221556p54483mr0wr5lmp0.png)
Kredit foto: Twitter
Rata-rata bersetuju dengan pendapat ini kerana pernah berhadapan dengan masalah sebenar. Pelbagai jenis borang perlu diisi semata-mata untuk mendapatkan bantuan. Itu belum dikira perlu mendapatkan pengesahan ketua kampung dan kesemua ini memakan masa berbulan-bulan pula prosesnya.
Menurut netizen, proses untuk mendapatkan bantuan zakat agak sukar berbeza dengan proses umat Islam berzakat pula sangat mudah hinggakan setiap ceruk bandar pun mempunyai kaunter zakat ini. Hal ini membuatkan ramai berasa sistem pengagihan sebegini tidak relevan dalam situasi sekarang.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/08/222049fqmynydhmv3yh4qo.png)
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/09/085226h300pee0qj7ivldg.png)
Kredit foto: Carian Internet
"Ada 8 Asnaf Zakat menjadi penerima zakat. Antaranya ialah fakir, miskin, mualaf, amil, riqab, gharimin, fisabillah dan ibnu sabil. Jadi, sebelum mengata, mohon buat kajian terlebih dahulu. Jika bantuan badan zakat agak lambat, apa kata korang dulu yang beri bantuan."
Bagaimanapun, ia dibangkang oleh segelintir netizen yang menegaskan bahawa maksiat dan zakat adalah dua perkara berbeza. Jadi ia ditangani oleh dua badan berlainan, maka tidak adil untuk mengaitkan antara satu sama lain. Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri bertanggungjawab untuk menangkap mereka yang berkhalwat manakala Lembaga Zakat/Pusat Zakat/Baitumal pula menangani pengagihan zakat.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/08/221415tef845sa5m51rje0.png)
![](https://bm.cari.com.my/data/attachment/portal/201810/09/085226tepj3gg2hh23iqrf.png)
Kredit foto: Carian Internet
Namun tidak kesemua proses pengagihan zakat mengambil masa yang lama. Mungkin juga ia mengambil kira tahap kecemasan pengadu bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan. Jadi, janganlah menyamakan tindakan mencegah maksiat yang dilaksanakan dengan proses pengagihan zakat. Kedua-dua perkara tersebut dilakukan oleh dua badan berbeza.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/09/085226zue37z607e0uv00k.png)
Kredit foto: Carian Internet
Mungkin ramai yang tidak mengetahui fungsi badan-badan kerajaan. Oleh sebab itu, menjadi tanggung jawab pihak tersebut sentiasa memberi kesedaran tugas mereka dan lebih mesra dengan orang awam bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Dalam masa sama, orang awam diharapkan turut rajin membuat kajian terlebih dahulu sebelum menunding jari. - CARI