Banyak rumah teres di kawasan rumah penulis, malahan taska juga terdapat deretan botol-botol plastik berwarna-warni diletakkan di perkarangan kawasan rumah. Penulis tertanya-tanya akan hal ini.
Rupanya ini satu petua! Malahan rata-rata maklumat yang penulis peroleh dari jiran-jiran dan kenalan ianya menjadi.
Kucing memang binatang yang comel, namun kalau dah setiap kali kencing merata di kawasan rumah boleh tertekan dibuatnya. Apa lagi bila baru nak sarung kasut, terpijak kencing kucing. Bau hancing kencing kucing lain macam. Lagi kuat baunya jika kucing jantan, sebab menanda kawasan memang kerja kucing jantan dewasa.
Banyak petua yang rakan-rakan pernah cadangkan. Antaranya bersihkan dengan cuka, air rebusan serai, lada hitam dan penggunaan coklat bar khas untuk elak kucing membuang najis merata. Tetapi rata-rata tidak berapa berkesan.
kredit gambar siti ramlah (keluarga.my)
Melalui sumber carian google dan cara yang dibuat oleh pengusaha taska di kawasan penulis, mereka menggunakan petua ini :
1. Bancuh air dengan pewarna merah. (kalau nak warna-warni juga boleh)
2. Isikan air tersebut ke dalam botol plastik (botol mineral)
3. Letakkan botol-botol berisi air berwarna ini di kawasan si kucing selalu melepak atau memancut.
Apa tunggu lagi? Siapa dalam dilema masalah ini, jangan tunggu lagi. Cubalah. - CARI |