CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3642|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : SK Seri Budiman dari Terengganu juara PPSK

[Copy link]
Post time 12-10-2018 04:53 AM | Show all posts |Read mode
        

PORT DICKSON - Pemilihan pelakon secara 'bidan terjun' tidak menghalang wakil Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman dari Terengganu dinobatkan juara Pertandingan Persembahan Seni Kreatif (PPSK) Peringkat Kebangsaan di Dewan PNB Ilham Resort, di sini, hari ini.

Menerusi laporan Berita Harian, enam pelajar termasuk mereka yang dipilih pada saat-saat akhir untuk menjadi pelakon terpaksa dilakukan bagi menyertai pertandingan peringkat negeri, Mei lalu.

Guru Penasihatnya, Muhammad Hasnul Anuar Ahmad Sabri, berkata selepas muncul juara peringkat negeri, pasukan itu terpilih ke peringkat kebangsaan dan berlatih sejak dua bulan lalu bagi menjayakan persembahan dengan tajuk ‘Hibah’.

Katanya, hari ini SK Budiman diumumkan sebagai juara peringkat kebangsaan dalam pertandingan anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sekali gus membanggakan negeri Terengganu.

“Saya berterima kasih kepada guru yang membantu, Sofiah Khairani Ibrahim dan Mazni Zakaria.

“Bukan mudah membentuk murid menghayati watak dan pada masa sama memahami sendiri erti pelaburan kerana mereka perlu melakonkan watak supaya tidak lari daripada tema,” katanya.

SK Budiman menerima hadiah RM7,900 yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin.

Ketua kumpulan SK Seri Budiman, Bazli Irfan Mohd Rodzi, 11, berkata sebelum menyertai pertandingan, dia dan rakan-rakan hanya berjanji untuk melakukan yang terbaik.

“Pada mulanya selepas diumumkan antara lima yang terbaik daripada 10 pasukan, kami sudah teruja kerana semua pasukan adalah yang terbaik.

“Terima kasih kepada guru yang melatih kami dengan sabar dan hasilnya kami dinobatkan sebagai juara. Saya ambil bahagian untuk berlatih bercakap di hadapan orang ramai dan kemenangan ini memberi keyakinan kepada saya pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Mohammad berkata, pihaknya menganjurkan pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan bertujuan menyampaikan ilmu pelaburan dan perancangan kewangan kepada orang ramai terutama pelajar.

“Menerusi program seperti ini, peserta bukan sahaja dapat memahami ilmu pelaburan dan perancangan kewangan, malah membuka minda untuk memilih ASNB sebagai produk pelaburan pilihan.

“Secara keseluruhannya, pertandingan yang menerapkan tema pelaburan dan perancangan kewangan ini menarik penyertaan daripada 50 sekolah rendah dari lima negeri iaitu, Kedah, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Terengganu untuk bertanding merebut kejuaraan,” katanya.

Naib juara pertandingan menjadi milik SK Sembulan dari Sabah; SK Abu Bakar, Kedah (ketiga), SK Kangkar Pulai (keempat), Johor dan SK Kiaramas dari Wilayah Persekutuan, tempat kelima.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sk-seri-budiman-dari-terengganu-juara-ppsk-1.890543

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.207535 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list