Pada asalnya hanya berniat mengambil gambar keindahan matahari terbit, namun tanpa disangkakan terakam gambar hantu di dalam kereta.
Memetik laporan Inside Edition, insiden seram itu dialami seorang remaja yang merupakan jurugambar alam semulajadi di Ohio.
"Saya benar-benar rasa seram selepas melakukan zoom pada gambar yang diambil."
Demikian kata remaja berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Troy Vance itu kepada Agensi Berita Caters.
kredit foto: www.insideedition.com
Jelasnya, dia tak nampak apa-apa ketika mengambil gambar itu, hanya sedar wujudnya hantu itu selepas dimuat naik ke Facebook ada orang tanya di ruangan komen.
"Selepas saya memuat naiknya ke Facebook, ada orang bertanya di ruangan komen adakah saya yang sedang duduk di kerusi depan."
"Kemudian saya zoom dan melihat wajah hantu melalui cermin depan," katanya.
"Saya sangat terkejut."
"Masa tu memang tak ada seorang pun di dalam trak itu. Susah saya nak menjelaskannya."
Vance berkata ia mungkin imej seorang budak lelaki yang lemas di tasik berdekatan pada awal tahun 1900-an.
"Seorang budak lelaki kelihatan sedang duduk di kerusi depan. Ia sangat menakutkan, saya fikir mungkin dia dalam gambar itu." - CARI