CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3277|Reply: 21

[Tempatan] Jabatan Tenaga Kerja SIASAT kes majikan sebuah kilang di Labu PAKSA pekerja Bang

[Copy link]
Post time 16-10-2018 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Tolak gaji kerana solat Jumaat
SYAMILAH ZULKIFLI 16 OKTOBER 2018


SEREMBAN - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan akan menyiasat kenyataan tular di media sosial mengenai pekerja Bangladesh sebuah kilang di Labu di sini, yang dikatakan terpaksa mengambil 'cuti' dua jam bagi menunaikan solat Jumaat.

Pengarahnya, S Tharu Marajan berkata, walaupun tiada peruntukan undang-undang yang majikan perlu membenarkan pekerjanya bersolat, tetapi itu bukan bermakna majikan tidak mengendahkannya.

"Saya mengetahui perkara itu di Facebook dan telah mengarahkan pegawai untuk menyiasat kebenarannya kerana tidak dinyatakan dengan jelas alamatnya.

"Jika benar kita akan cuba menyelesaikannya dengan cara menang-menang. Maksudnya majikan tidak akan rugi dan pekerja juga dapat tunai tanggungjawabnya," katanya.

Menurutnya, majikan sepatutnya bersikap lebih prihatin dan jika disebabkan pekerja solat Jumaat boleh mengganggu kerja atau merugikan syarikat, majikan mungkin boleh memanjangkan waktu kerja sebagai ganti.

Bagaimanapun katanya, masalah seumpama itu boleh diselesaikan jika ada pertimbangan.

Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai tiga pekerja Bangladesh yang berjalan kaki sejauh 2km dari tempat tinggal mereka di kawasan Labu untuk solat Jumaat.

Bagi menunaikan tanggungjawab itu, duit gaji mereka berjumlah RM800 sebulan terpaksa ditolak RM10 kerana mengambil 'cuti' dua jam iaitu RM5 untuk setiap satu jam.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti kilang sepet ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 11:13 AM | Show all posts
mesti kilang cina kafir ni
kesian depa jln kaki jauh plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 11:16 AM | Show all posts
janganla kejam sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:16 PM | Show all posts
kalu kita report buruh pasal company kita, nanti maklumat kita direvealkan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg typical kilang cina bukit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar kilang haprak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kilang malaysia baru may be...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 12:47 PM | Show all posts
bkn company sepet ja mcm ni..tmpt kerja aku pun mcm ni..d bg solat 15minit ja..lebih kena potong..nak bt aduan dgn jtk ni kena ada bukti lg kan..lps tu nak cuti bklinik ka ada urusan ka kena potong cuti tahunan ja..abis cuti tahunan kena potong plk gaji..ok sekian
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:53 PM | Show all posts
kesiannya..2 km berjalan tgh2 panas

tp takde ke staff muslim lain kat kilang tu..knp tak bagi tumpang? ke dorg pon tuang sembayang jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kilang cina memang camtu. bukan bangla je. semua muslim dupotong gaji
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kakaro940 replied at 16-10-2018 12:47 PM
bkn company sepet ja mcm ni..tmpt kerja aku pun mcm ni..d bg solat 15minit ja..lebih kena potong..na ...

Mana cuti sakit? Biasanya ada 14 hari cuti sakit. Tp ada company cuma terima mc dari hospital kerajaan. Xda mc dr hospital kerajaan maka cuti tahunan dipotong
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:28 PM | Show all posts
i dulu waktu keje ngan kilang Thai / Taiwan, selalu takut-takutkan dorang macam tu.

i cakap u tunggu laaa kalu orang JTK ke pej agama datang sini.

u tak leh halang orang gi solat atau semayang jumaat.


so, ada disediakan bilik solat laki perempuan.

dan semayang jemahat pung dorang dapat pergi.

Susun la schedule tu rotate. yang bangla tu pung kasi la peluang orang lain g semayang jumaat jugak. jangan ko je tiap2 minggu.

bulan ramadan  pung susun jadual lain sikit sbb foreign workers neh ramai yang muslim. dari bangla, indon etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:41 PM | Show all posts
Atata replied at 16-10-2018 01:25 PM
Mana cuti sakit? Biasanya ada 14 hari cuti sakit. Tp ada company cuma terima mc dari hospital kera ...

cuti sakit ada tp peraturan majikan bt mcm tu la sakit ka berurusan apa2 ka potong cuti tahunan..klu majikan bt kontrak pkerja berdasarkan peraturan tu jtk ble ambik tindakan ka???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:45 PM | Show all posts
sheqim replied at 16-10-2018 12:16 PM
kalu kita report buruh pasal company kita, nanti maklumat kita direvealkan tak?

viral guna fake akaun je...
uolss area mana
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada kilang sepet yg time sembahyang tolak gaji... cam kilang pakcik aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 03:08 PM | Show all posts
semoga urusan mereka dipermudahkan. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:09 PM | Show all posts
melampaunya kalau betul..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau sgt ni. Nak kena ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mrk mendapat rahmat Allah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053107 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list