CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1505|Reply: 5

Umum Berita Hamil, Meghan Dituduh Alih Perhatian Isu Perkahwinan Eugenie

[Copy link]
Post time 16-10-2018 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle dilaporkan bakal menyambut cahaya mata sulung pada musim bunga tahun depan.







Foto: PA/Mirror




Berita gembira itu diumumkan dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Istana Kensington.




Kredit foto: IG Kensington Royal



“Yang Mulia Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Duchess of Sussex dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada musim bunga, 2019," kata istana.


Bagaimanapun, kurang dari setengah jam berita gembira itu diumumkan, Duchess of York yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam 'membuat peringatan' kepada pengikutnya mengenai majlis perkahwinan anaknya, Puteri Eugenie.








Bekas isteri Putera Andrew itu, Sarah Ferguson menerusi laman Twitter berkongsi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Eugenie dan suaminya, Jack Brooksbank.




Foto: WENN/Mirror









"Saya berasa sangat bangga dengan Eugenie dan Jack #wedding.

"Saya dan Andrew dengan bangganya menyambut Jack ke keluarga York," tulisnya.








Malah, beberapa pengguna media sosial juga menyifatkan pengumuman kehamilan Meghan dilakukan pada waktu yang kurang sesuai.




Foto: Twitter




Segelintir netizen menuduh Meghan mengalih perhatian orang ramai dari isu perkahwinan Eugenie dengan mengumumkan berita kehamilannya hanya beberapa hari selepas majlis berlangsung untuk mencuri tumpuan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 12:00 PM | Show all posts
mesti comel anak dema nanti...owh so adorable
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:05 PM | Show all posts

Ler kan ke husband dia yang beritahu si nenek? awat dia yang kena kutuk? lagipun tentu orang istana kepelikan kenapa dia tak minum wine semasa majlis sambut menantu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:09 PM | Show all posts
Setelah sekian lama agak tenang nampak gaya cam nak bergolak semula keluarga Queen E ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Duchess of york tu lupa ke what she had done before? Iols wonder how the royal family boleh restore balik title dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:19 PM | Show all posts
kesian fergie ni dari zaman diana sampai skrg photographer asyik ambik gambar  dari sisi buruk dia je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037599 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list