|
|
Bukan sekali dua, dah beratus kali agaknya Neelofa kena kutuk.
Ada sahaja yang tak kena di mata haters. Baju ini tak betul, baju itu tak betul tapi itu semua tidak menghalang pelakon dan pengacara ini berfesyen.
Semua gaya Neelofa berani cuba tapi baju yang digayakan baru-baru ini memang betul-betul jadi perhatian.
Mana tidaknya, corak baju tersebut disamakan dengan alas lap kaki yang biasanya digunakan di rumah.
Kredit foto: Facebook
Sejak gambar tersebut tular, macam-macalah komen dari netizen.
Dalam ramai yang mengutuk, ramai juga yang back up. Kata mereka, Neelofa tak kacau hidup orang pun jadi bawa-bawalah berhenti 'membawang'.
Kesian Lofa,biasalah jadi selebriti ni serba serbi orang nak kritik. Bertabahlah! -CARI
|
|